fbpx

Jom Kenali Produk Prabayar Daripada Telco Malaysia

Prabayar DIGI

Digi ada dua pelan pelan prabayar yang ditawarkan iaitu:

  1. Digi Prepaid LiVE
  2. Digi Prepaid BEST

Digi Prepaid LiVE

  • Harga Pek Permulaan RM8
  • Kredit Tersedia RM5
  • 300MB Data Permulaan
  • Tempoh Sah 5 Hari
  • Kadar Panggilan RM0.30/60 saat
  • Kadar SMS RM0.20/SMS
  • Kadar MMS RM0.50/MMS
  • Kadar Panggilan Video RM0.30/panggilan

Digi Prepaid BEST

  • Harga Pek Permulaan RM8
  • Kredit Tersedia RM5
  • 300MB Data Permulaan
  • Tempoh Sah 5 Hari
  • Kadar Panggilan RM0.12/30 Saat
  • Kadar SMS RM0.12/SMS
  • Kadar MMS RM0.50/MMS
  • Kadar Panggilan Video RM0.30/Panggilan

Digi Prepaid Live dilihat lebih disasarkan kepada pengguna yang ingin melayani kandungan multimedia. Selagi aktif, anda akan menerima kuota khas 2.5GB setiap minggu untuk digunakan pada APP:

  • YouTube
  • YouTube Gaming
  • Twitch
  • iflix
  • Astro GO
  • tonton
  • dimsum
  • Spotify
  • JOOX
  • Smule

Dua lagi manfaat yang akan diterima pengguna pada Prepaid LiVE adalah:

  1. 1,000 minit panggilan suaran & 1,000 SMS kepada 6 nombot Digi.
  2. Internet asas pada kelajuan 64Kbps dan kuota 500MB.

Pekerja asing yang bekerja di Malaysia pastinya menggemari Prepaid BEST kerana mereka akan menerima banyak manfaat yang boleh diguna untuk memanggil pulang kampung halaman.

Antara kelebihan Prepaid BEST berbanding Prepaid LiVE adalah:

  1. Kadar terendah untuk memanggil ke 10 negara (Indonesia, Bangladesh, Nepal, India, Myanmar, Pakistan, Filipina, Pakistan, Thailand, China, Dan Vietnam).
  2. Belanja RM1 untuk panggilan IDD dan terima 1GB data percuma untuk hari itu.
  3. Terima 1GB kuota setiap hari untuk diguna antara 12AM hingga 8 AM.
  4. Internet asas pada kelajuan 64Kbps dan kuota 500MB.

Lebih menarik, anda boleh menetapkan 20 nombor dari mana-mana rangkaian untuk menikmati kadar yang lebih rendah. 20 Kawans memberikan kadar panggilan RM0.06/30 saat dan SMS RM0.06/SMS.

BACA  Hanya tambah nilai Xpax untuk peluang menang Samsung Galaxy A50s

Pakej Internet & Suara Untuk Prabayar Digi

Untuk kedua-dua pelan prabayar, Digi menyediakan pelbagai pakej Internet dan add-on yang memberikan kuota Internet dan panggilan suara. Anda boleh memilih sama ada untuk menggunakan pakej dengan auto-renewal ataupun sekali beli untuk memenuhi keperluan penggunaan anda.

Sebanyak dua promosi yang sedang berjalan sekarang iaitu Super Tererrr dan biGBonus.

Super Tererrr adalah promosi terbaru Digi yang dilancarkan awal November 2017. Pelan ini menggabungkan data Internet bersama panggilan suara pada harga RM38 ataupun RM58.

biGBonus pula hadir dalam lima pakej Internet berjulat antara RM10 hingga RM88. Dalam pakej ini, pengguna akan menerima data tambahan sehingga 30GB melalui promosi biGBonus yang sedang berjalan.

Kemudian Digi ada dua pakej Internet dengan Social Bonus bersama waktu berbual sehingga 1,000 minit.

Jika pakej bulanan dan mingguan tidak mencukupi, anda boleh membeli pas harian yang bernilai RM3 dan RM1. Ia membolehkan anda melayan kandungan multimedia tanpa had untuk 24 jam pada kelajuan yang dihadkan.

Diteliti jadual tawaran add-on Digi, sudah tentu anda akan tertarik dengan beberapa perkataan seperti Unlimited, biGBonus, Social Bonus, Video Freedom, dan Music Freedom.

  • biGBonus – anda menerima 1GB kuota setiap hari untuk digunakan atara 1PM hingga 7PM.
  • Social Bonus – anda menerima 500MB kuota khas untuk Facebook, Instagram, dan Twitter sepanjang tempoh aktif pakej add-on anda.
  • Video Freedom – kuota untuk diguna untuk menonton kandungan di APP VOOV, TwitchTV, NJOI Now, MOX, 2BLive, dimsum, Netflix, Hero Talkies, YouTube, YouTube Gaming, YouTube Kids, Astro on the Go, HyppTV Everywhere, Viu, Dailymotion, tonton, iflix.
  • Music Freedom – kuota untuk diguna mendengar daripada APP Apple Music, BE-AT TV, Deezer, Digi Music Play, ERA fm, hitz fm, Hungama, JOOX, KKBOX, Lite FM, MELODY FM, MIX fm, MY FM, Radio 2008, Raku, Saavn, Sinar fm, SoundHound, Spotify, THR Gegar, THR Raaga, dan Tidal.
  • Perkataan “Unlimited” pada pakej Unlimited Video+Music+Internet Calls rupanya tidaklah seperti yang disangka, Digi hanya memberikan 30GB saja dengan alasan mereka perlu mengikut garis panduan Fair Usage Policy (FUB).
BACA  Google Sheet Boleh Bantu Berkomunikasi Bila Anda Melancong Keluar

Pakej Dengan Auto-Renewal

Pakej Sekali Beli

Untuk maklumat lanjut layari laman rasmi produk.

Contents