fbpx

Jom Kenali Produk Prabayar Daripada Telco Malaysia

Prabayar HOTLINK

Seperti Digi, Hotlink turut menawarkan pelan prabayar mereka dalam dua perisa iaitu:

  1. Hotlink FAST
  2. Hotlink SUPER

Hotlink FAST

  • Harga Pek Permulaan  RM10
  • Kredit Tersedia RM5
  • 300MB Data Permulaan
  • Kadar Panggilan RM0.15/30 Saat
  • Kadar SMS RM0.15/SMS
  • Internet Asas Percuma

Hotlink SUPER

  • Harga Pek Permulaan RM10
  • Kredit Tersedia RM5
  • 300MB Data Permulaan
  • Kadar Panggilan RM0.15/30 Saat
  • Kadar SMS RM0.15/SMS
  • Internet Larut Malam 1GB
  • 8GB Data Sabtu & Ahad

Tiga tawaran yang dibawa pada pelan Hotlink FAST adalah

  1. 2GB Data Percuma setiap minggu (1GB Sabtu dan 1GB Ahad)
  2. 1,000 minit panggilan suara percuma untuk 5 nombor dalam rangkaian Maxis.
  3. Internet asas berkelajuan 64kbps untuk berhubung dengan APP sosial anda.

Hotlink SUPER dilihat lebih mensasarkan kepada warga ekspatriat kerana pengguna pelan ini diberikan manfaat panggilan IDD ke Indonesia. Jika pengguna menambah nilai berjumlah RM15 dalam satu minggu, mereka menerima 30 minit panggilan IDD percuma ke Indonesia dan juga data 4G/LTE berjumlah 2GB.

Walau bagaimanapun, panggilan IDD percuma hanya boleh digunakan pada Sabtu dan Ahad manakala data LTE hanya boleh digunakan jika telefon bersambung ke rangkaian 4G LTE. Malah, 2GB itu terbahagi kepada 1GB untuk Sabtu dan 1GB untuk Ahad.

Untuk kadar panggilan dan SMS yang lebih murah, pengguna boleh memasukkan nombor yang kerap dihubungi ke dalam Activ10 untuk memanggil pada kadar RM0.06/30 saat dan RM0.01/SMS.

Hotlink SUPER juga ada sediakan kuota percuma 1GB setiap hari untuk digunakan antara jam 1 pagi hingga 9 pagi. Untuk digunakan bersama aplikasi sosial, 500MB disediakan sebulan secara percuma pada kelajuan 64kbps.

Pakej Internet & Suara Hotlink

Beralih pada pakej Internet yang ditawarkan Hotlink, ia adalah yang teringkas antara telco yang lain. Seperti biasa ia terbahagi kepada pakej 1 hari, 1 minggu, dan 1 bulan. Hanya pakej RM60 memberikan panggilan suara manakala kuota bonus Happy Hour 30GB hanya diberikan pada paken RM60, RN45, dan RM10.

BACA  Anda Rasa Telco Anda Cekik Darah? Kita Adalah Yang Ke-15 Terbaik Dunia

Melalui promosi Happy Hour, pengguna boleh menebus 1GB kuota berkelajuan tinggi untuk digunakan pada bila-bila masa pada hari itu. Tapi penebusan tidak terjadi secara automatik sebaliknya perlu diaktifkan secara manual melalui APP ataupun mendail kod USSD.

Untuk pelan sekali beli pula, Hotlink menyediakan tiga Monster Pass. Dua yang pertama adalah Monster Pass harian yang memberikan kuota masing-masing 500MB dan 1.5GB (1GB untuk streaming).

Uniknya pascabayar Hotlink adalah pada promosi HotlinkMU. Setiap hari, anda akan menerima tawaran data & suara yang berbeza. Anda hanya perlu memeriksa APP Hotlink RED setiap hari untuk mengetahui tawaran terkini.

Hotlink seperti tidak menyediakan banyak tawaran untuk kuota penstriman. Apa yang saya jumpa hanyalah Hotlink Music Unlimited yang menyediakan data Internet untuk anda berstrim daripada 19 APP tanpa had pada harga serendah RM1 untuk sehari. Untuk RM3 pula anda boleh melanggan Music Unlimited dengan tempoh sah 1 minggu.

Pakej Internet Hotlink

Pakej Monster Pass Hotlink

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Contents