fbpx

Jom Kenali Produk Prabayar Daripada Telco Malaysia

Prabayar XPAX

Pek Permulaan XPAX

  • Harga Pek Permulaan RM10
  • Kredit Tersedia RM6
  • 200MB Data Permulaan
  • Kadar Panggilan RM0.30/Minit
  • Kadar SMS RM0.15/SMS
  • Internet Asas 10GB
  • Internet Facebook 10GB

XPAX dengan hashtag #nokelentong mereka hadir dengan pelan internet yang menarik agak menarik. Hanya dengan kekal aktif, mereka menerima 10GB kuota Facebook dan 10GB Internet asas secara percuma setiap bulan.

Mereka menikmati kadar panggilan suara dan SMS masing-masing pada 30sen/min dan 15sen/SMS selepas membeli pek permulaan XPAX yang dijual pada harga RM10.

Tawaran pakej Internet XPAX lebih mudah difahami berbanding yang ditawarkan Digi. XPAX membahagikan pakej Internet mereka dalam dua kategori iaitu:

  1. XPAX Internet Plans
  2. XPAX Add ons

Pakej Internet & Suara XPAX

Untuk Internet Plans, ada tiga kategori iaitu harian, mingguan, dan bulanan. Anda boleh melanggan pakej yang berharga dalam julat RM3 hingga RM79 untuk mendapatkan kuota daripada 1GB hinggalah 15GB.

Berita baik untuk pengguna yang lahir antara tahun 1992 dan 2005.  XPAX mengadakan KawKaw Squad untuk golongan ini. Ia membolehkan mereka menerima sebanyak 50% kuota tambahan pada pelan Internet yang mereka langgan.

  • Pelan Internet RM30 memberikan 7.5GB (5GB+2.5GB)
  • Pelan Internet RM30 memberikan 15GB (10GB+5GB)
  • Pelan Internet RM30 memberikan 22.5GB (15GB+7.5GB)

Selain itu, XPAX adalah satu-satunya prabayar yang akan membawa kedepan data yang tak habis digunakan ke bulan berikutnya. Tambah menarik, langgan apa-apa pelan Internet dan anda akan menerima kuota 10GB untuk Instagram secara percuma.

Add-On pula adalah pakej yang boleh dibeli untuk melengkapkan Internet Plans. Pengguna ditawarkan beberapa pakej seperti:

  1. Late Night Internet — kuota untuk digunakan antara jam 1am hingga 7am.
  2. Facebook Walla — kuota untuk digunakan pada perkhidmatan Facebook, Twitter, WhatsApp, and Wechat
  3. Basic Internet — Internet asas berkelajuan 64kbps
  4. Unlimted Calls — panggilan tanpa had untuk rangkaian Celcom sahaja.
  5. Video Walla — Kuota untuk digunakan pada APP Iflix, Tonton, Youtube, Astro on the Go, Dim Sum, Daily Motion, Mox Digital, Netflix, Metro TV, dan Hero Talkies.
  6. Instagram Walla — Kuota tanpa had untuk mengutus gambar ke Instagram.
  7. Music Walla — Kuota untuk digunakan pada APP Yonder Music, JOOX, raku, kkbox, hungama, ERA fm, hitz fm, FlyFm, hot fm, Astro Arena, mix fm, Lite fm, Sinar fm, Melody fm, my fm, Thr Gegar, Thr Raaga, Bayu Radio, Gold Radio. India Beat Radio, Jazz Radio, Kenyalang Radio, Opus Radio, Osai Radio. Classic Rock Radio, One fm, dan kool fm.
BACA  Celcom Home Fibre kini meluaskan liputan ke seluruh Malaysia

Kini, Xpax sedang mengadakan promosi sehingga 31 Disember 2017. Mereka memberikan data sekali ganda lebih banyak berbanding biasa sekiranya anda melanggan Late Night Internet, Facebook Walla, Instagram Walla, dan Video Walla.

Jika semua pakej di atas masih belum mencukupi, pengguna boleh membeli data tambahan pada harga serendah RM3.

Dibawah adalah senarai penuh semua pakej Internet yang ditawarkan XPAX

XPAX Internet Plans

XPAX Add-On

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Contents