Jom Kenali Produk Prabayar Daripada Telco Malaysia

Prabayar Yes 4G

Pek Permulaan Yes 4G Prepaid

  • Harga Pek Permulaan RM10
  • Kredit Tersedia RM5
  • VoLTE
  • Panggilan Tanpa Had Dalam Rangkaian Yes 4G
  • Kadar Panggilan RM0.09/Minit
  • Kadar SMS RM0.09/SMS
  • Internet Asas Tanpa Had

Yes 4G diam-diam ubi berisi. Sungguhpun pemasaran mereka tidak segah telco yang lain, rupa-rupanya mereka ada menawarkan sesuatu yang menarik untuk ditawarkan. Mereka sedang menjalankan promosi “Always More Data”.

Melalui promosi ini, anda akan terima dua kali ganda tambah nilai pada harga satu. Misalnya, jika anda tambah nilai RM30, anda akan terima RM60 pada akaun!

Pakej Internet Yes 4G

Yes 4G menawarkan pakej Internet paling ringkas. Ia seperti pada awal era prepaid diperkenalkan. Hanya data mentah ditawarkan, tiada data untuk stream, tiada data untuk sosial. Yang ada data yang boleh digunakan pada apa-apa APP tanpa sekatan.

Pakej Internet terbahagi pada tiga kategori iaitu harian, mingguan, dan bulanan. Untuk harian, 1GB ditawarkan pada RM5. RM10 per minggu pula memberikan 2GB data.

Dua pakej bulanan yang boleh anda pertimbangkan adalah RM25 (8GB) dan RM30 (10GB).

Hal ini bermakna, jika anda memanfaatkan sepenuhnya tawaran Yes 4G yang sedang berjalan, anda boleh  mendapatkan sehingga 20GB kuota Internet dengan hanta membayar RM30.

Walau bagaimanapun, sedikit masalah dengan Yes 4G adalah sama ada anda ada 4G atau anda “GG”, kerana mereka tiada rangkaian 3G mahupun 2G.

Lebih parah, setakat ini, hanya 56 peranti sahaja yang boleh digunakan bersama rangkaian Yes 4G. Oh, iPhone tidak termasuk dalam senarai ini ya. Tapi ia tak bermakna Yes 4G tidak berusaha kearah penambahbaikkan.

BACA  Raya Bergaya Celcom ada beli 1 percuma 1 Huawei P30, Oppo A3s RM99 dan pelbagai promosi gajet dan aksesori

Saya masih ingat pada awal pengenalan Yes 4G Prepaid, ramai yang merungut tentang kesukaran untuk mendapatkan tambah nilai. Tapi, jika saya lihat saluran tambah nilai mereka pada hari ini, saya memuji pihak Yes 4G.

 

 

Contents