Diskaun RM200 dan pelbagai hadiah percuma dalam promosi hujung tahun honor Malaysia

Bulan Disember semakin hampir dan ini menandakan ketibaan pelbagai tawaran dan promosi akhir tahun. Jenama pertama yang dilihat membuat tawaran akhir tahun ini adalah honor.

Bermula dari 17 November hingga 7 Januari 2018, honor menyediakan diskaun, hadiah percuma serta peluang memenangi hadiah yang lebih besar untuk pembelian telefon pintar honor 8 Pro, honor 8, honor 6X, honor 6A Pro dan honor 5A.

honor 8 Pro, telefon pintar rasmi untuk pertandingan Mobile Legend kini menerima potongan harga RM200, menjadi RM1,799 sahaja. Selain itu, pembeli honor 8 Pro turut akan menerima kotak hadiah premium bernilai RM799 yang berisi pelbagai cenderahati honor, serta baucer permainan Mobile Legend dan Final Fantasy.

 

Tell all your friends honor is giving up to RM300 discounts AND really premium free gifts! Promo is available at these stores: bit.ly/honormaslist

We also have prizes worth RM50,000 in total for our Lucky Draw! Senang je to join – purchase of any the products shown here and you’ll get an entry.

#celebratewithhonor #honormalaysia #promo #discount #free #gifts

Posted by Honor Malaysia on Friday, 17 November 2017

 

Bagi pembelian telefon pintar honor 8 dan honor 6X pula, mereka akan menerima hadiah beg pelbagai guna bernilai RM69. honor 6A Pro dan honor 5A pula disediakan hadiah percuma botol kaca yang bernilai RM69.

Akhir sekali, honor turut menyediakan cabutan bertuah untuk semua pembeli peranti honor sepanjang tempoh promosi, dengan hadiah berjumlah RM50,000. Hadiah cabutan bertuah yang disediakan adalah:

  • 5x telefon pintar HUAWEI Mate 10 Porsche Design
  • 15x kamera HUAWEI 360 Panoramic
  • 15x penimbang berat HUAWEI

Jangan ketinggalan untuk mendapatkan diskaun dan hadiah percuma dari honor. Mana tau boleh bawa balik Porsche nanti. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web Hihonor Malaysia atau di Facebook honor Malaysia. Semak juga senarai penjual yang terlibat dalam promosi ini di sini.