Inilah Sony A7R III Dan Ia “Overkill”

Kami teleh dijemput Sony Malaysia untuk memandu uji kamera terbaru mereka iaitu Sony α7R III. Ia dibangunkan untuk menggantikan α7R II yang dilancarkan Sony dalam bulan Jun 2017.

Dalam kalangan kamera bersensor Full Frame, α7R III bersaing secara terus dengan Nikon D850 dan Canon 5DS kerana ketiga-tiga mereka memiliki sensor beresolusi amat tinggi, hampir melewati kawasan permainan kamera “Medium Format”. Sensor 42.4MP adalah sensor pengimejan paling tinggi resolusinya pada kamera Sony Setakat ini.

Sungguhpun ia masih menggunakan sensor yang sama seperti α7R II yang dilancarkan pada 2015, Sony memaklumkan pelbagai penambahbaikan telah dilakukan pada bahagian lain yang nyata memberikan kuasa turbo buat kamera ini.

Contoh yang paling ketara adalah pada mekanisme shutter yang dibangunkan khas untuknya. Tangkapan selanjar 5 fps pada α7R II kini telah menjadi 10 fps. Malahan, tangkapan selanjar menggunakan shutter elektronik juga mampu dilakukan pada kepantasan yang sama.

Lebih menarik, kamera ini juga mewarisi satu teknologi menarik daripada kamera flagship Sony A9. Teknologi Eye AF akan menjejak mata subjek bagi menambah baik kecekapan membidik fokus. Ia lebih baik berbanding menjejak muka subjek.

Ia semua dimungkinkan dengan kehadiran 399 titik fokus daripada jenis pengesanan fasa (phase detection) bersama-sama 425 titik fokus pengecasan kontras (contrast detection) yang meliputi hampir 68% sensor kamera ini.

Selain itu, beberapa penambahbaikan yang boleh anda jangkakan adalah seperti:

  • Julat ISO sehingga 320,000
  • Ruang buffer seluas 76 dalam mode RAW
  • Penstabil imej optikal 5.5
  • Pembidik elektronik (EVF) dengan panel OLED beresolusi Quad-VGA
  • Bateri 2.2 kali lebih besar
  • 2 Slot SD
  • 1 port USB-C
  • Profil rakaman video S-Log3 dan Hybrid Log-Gamma.
BACA  Ada hadiah buat semua tempahan awal Sony WH-1000XM3

Sony α7R III akan mula dijual di Malaysia pada 13 Disember 2017 dengan harga RM14,888.