• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kami Tahu Cara Elak Bayar RM800 Kepada DCA Untuk Lesen Dron

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:57 am
  • 25/11/2017
  • Komen
Kami Tahu Cara Elak Bayar RM800 Kepada DCA Untuk Lesen Dron
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda ke laman Web DCA Malaysia dan ke halaman Kawal Selia, anda akan dapati bahawa DCA mengenakan fi sebanyak RM800 bagi mengeluarkan kelulusan menjalankan kerja udara menggunakan apa-apa mesin terbang termasuklah Sistem Pesawat Tanpa Pemandu (Unmanned Aircraft System, UAS). Ya, dron yang anda main sekarang tergolong dalam kategori itu.

Bukan itu saja, anda juga perlu mengeluarkan belanja RM500 setiap tahun untuk memperbaharui kelulusan itu. Tentu ramai yang terketar tangan untuk mengeluarkan belanja itu bukan? Tapi sebelum mengecam, anda perlu merujuk pada kenyataan media terbaru daripada pihak DCA di Facebook mereka.



Ada tiga perkara yang perlu diberi perhatian pada kenyataan media ini jika anda seorang penggemar dron iaitu:

  1. Sesiapa saja yang memiliki UAS yang dengan jisim kurang daripada 20kg boleh menerbangkannya tanpa kelulusan DCA selagi ia mematuhi Civil Aviation Regulations 2016.
  2. Tiada sebarang bayaran dikenakan terhadap UAS itu.
  3. Bayaran hanya dikenakan jika anda perlu menerbangkan UAS untuk kerja-kerja khusus.

Ketiga-tiga perkara ini ada maklumatnya di sini dan ia boleh diakses secara percuma.



Drone DJI Kena Bayar Lesen Tahunan?

Jom kita semak laman Web DJI untuk produk yang ditawarkan. Anda akan mendapati bahawa dron paling berat yang boleh anda temui pada laman web itu  ialah DJI Matrice 600.

Berat Matrice 600 Pro adalah 10kg dengan bateri tapi tanpa kamera. Jika anda lihat pada had beban maksimum untuk berlepas Matrice 600 Pro, DJI menyarankan beratnya sebelum berlepas perlu berada pada 15.5kg untuk operasi optimum.

Nampaknya anda masih belum melepasi angka 20kg untuk memerlukan anda memohon lesen memiliki UAS itu.

DJI Matrice 600 Pro

Kesimpulannya, jika anda memiliki apa-apa dron yang lebih kecil daripada Matrice 600 Pro, anda tak perlu risau anda dikenakan bayaran oleh DCA hanya untuk memilikinya. Walau bagaimanapun, cara anda menggunakan dron itulah yang menentukan sama ada DCA akan “mengacau” anda atau tak.

Paham tak?

Tags: dcadjidji inspire 2dji mavic prodji phantom 4 prodron malaysialesen dron dcalesen dron malaysiaundang-undang dron dca
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Kami Tahu Cara Elak Bayar RM800 Kepada DCA Untuk Lesen Dron

Kami Tahu Cara Elak Bayar RM800 Kepada DCA Untuk Lesen Dron

25 November 2017
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN