• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Khidmat pelanggan lebih baik sasaran utama Celcom tahun depan

  • OLEH Najib
  • 4:58 pm
  • 28/11/2017
  • Komen
Khidmat pelanggan lebih baik sasaran utama Celcom tahun depan
Share on FacebookShare on Twitter

Tak kenal maka tak cinta. Untuk memahami kehendak pelanggan dengan lebih mendalam, Celcom Axiata sebuah syarikat di bawah Axiata Group mengadakan sebuah program Transformasi Digital Axiata yang dipanggil, Celcom Digital Jam.

Program ini mengumpulkan ratusan pekerja Celcom dari pelbagai jabatan seperti perundangan, rangkaian, IT, jualan dan pemasaran, termasuk dari Sabah dan Sarawak.



Dalam program ini, peserta mempelajari pelbagai peralatan digital seperti pembangunan web, perbualan bersama BOT, dan pelbagai lagi modul yang perlu mereka terokai bagi menyelesaikan permasalahan yang diberi. Masalah yang diberikan pula berkait rapat dengan pelbagai keperluan pengguna.

Ketua Pegawai Digital Celcom Axiata, Dave Morrow turut berkongsi tentang perancangan Celcom di masa terdekat dengan mempersiapkan petugas mereka menerusi Digital Jam ini. Di antaranya rupa laman web Celcom serba baru, di mana mereka telah berkongsi peringkat beta kepada orang ramai.



Ketua Pegawai Digital Celcom Axiata, Dave Morrow

Selain itu, Celcom akan mengintegrasi aplikasi mudah alih myCelcom Postpaid dan Xpax ke dalam satu aplikasi. Ia dijangka akan boleh mula digunakan pada suku pertama 2018.

Celcom juga telah mula memantau maklum balas pengguna secara langsung dan tidak langsung, menerusi hab ‘Social Media Experience‘ atau smEX. Ia dibina untuk memberi jawapan kepada sebarang persoalan pengguna di media sosial dengan lebih pantas.

Menerusi program Celcom Digital Jam, diharapkan pekerja dan petugas Celcom lebih bersedia untuk memberikan perkhidmatan dan pengalaman terbaik buat pengguna Celcom.

Tags: Axiatacelcomcelcom axiataCelcom Digital Jam
Najib

Najib

POPULAR

Khidmat pelanggan lebih baik sasaran utama Celcom tahun depan

Khidmat pelanggan lebih baik sasaran utama Celcom tahun depan

28 November 2017
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN