Huawei Bangunkan Animoji Yang Lebih Baik Daripada Apple?

Pada pelancaran honor V10 juga, Huawei turut mengumumkan satu teknologi menarik yang bakal menggugat Animoji pada iPhone X. Berbanding kaedah Apple yang hanya mengesan wajah dalam ruang 2D, kaedah Huawei dikatakan lebih canggih kerana menggunakan sensor 3D. Malah, ia turut mengesan jika pengguna menjelir lidah.

Bukan itu saja, honor turut menayangkan pesaing Face ID yang bakal digunakan pada peranti mereka kelak.

Pengecaman wajah secanggih ini dimungkinkan dengan penggunaan pelontar vertical-cavity surface-emitting laser (VCSEL) yang bergandingan dengan LED RGB serta kamera inframerah. Ia membolehkan sehingga 300,000 titik pada muka dicerap dalam masa 10 saat saja, 10 kali lebih banyak berbanding FaceID pada iPhone X.

Untuk membuka telefon pula, Huaweimenyatakan yang pengecaman wajah mereka mengambil masa 0.4 saat manakala 0.2 saat jika menggunakan pengimbas cap jari.

Anda boleh menonton video pelancaran honor V10 melalui pautan ini.

BACA  Huawei Watch GT & TalkBand B5 masuk Malaysia bulan depan