• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kembar Mate 10 Pro Diumumkan Di China

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:42 am
  • 29/11/2017
  • Komen
Kembar Mate 10 Pro Diumumkan Di China
Share on FacebookShare on Twitter

honor V10 secara rasminya dilancarkan di negara China seperti yang diwar-warkan. Ia adalah sebuah telefon yang mempunyai spesifikasi mirip sebuah Huawei Mate 10 Pro. Pada papan utama, anda boleh menemui cip Kirin 970 yang dibantu oleh RAM sehingga 6GB dan storan sehingga 128GB.

Seperti saudara jauhnya, honor V10 memiliki segala-gala yang sebuah peranti flagship 2017 harus ada. Bermula daripada panel paparannya, telefon ini diberikan panel “FullView” bernisbah paparan 18:9.



Pengguna boleh menikmati kandungan multimedia menerusi skrin LCD 5.99″ dengan resolusi HD+ Penuh (2,160 × 1,080). Sungguhpun diberikan skrin memanjang, honor masih meletakkan pengimbas cap jari pada bahagian depan.

Beralih pada kelengkapan pengimejan, honor V10 menggunakan konfigurasi dwikamera belakang 16MP (RGB) dan 20MP (monokrom) tetapi tidak disertakan OIS seperti yang ada pada Mate 10.



Untuk berselfie, telefon ini diberikan kamera 13MP.

Sejurus keluar dari kotak, honor V10 menjalankan sistem operasi Android 8.0 Oreo yang menjadi asas kepada antara muka EMUI 8.0. Seperti biasa, pengguna boleh mengecas pantas bateri telefon ini yang berkapasiti 3,750mAh.

Pengguna yang berada di China boleh mula membeli honor V10 pada 5 Disember 2017 ini pada harga serendah RMB 2,699 (MYR 1,678).

[Sumber: vmall, GSMArena]

Tags: harga honor v10 malaysiahonorhonor malaysiahonor v10honor v10 spesifikasilaunching honor v10pelancaran honor v10
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kembar Mate 10 Pro Diumumkan Di China

Kembar Mate 10 Pro Diumumkan Di China

29 November 2017
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN