• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nak jimat data tengok video? Guna YouTube Go

  • OLEH Najib
  • 11:51 am
  • 04/12/2017
  • Komen
Nak jimat data tengok video? Guna YouTube Go
Share on FacebookShare on Twitter

YouTube sering menjadi punca utama kehabisan data di telefon pintar. Awal tahun ini, Google memperkenalkan YouTube Go bermula dari India yang memberikan lebih kawalan data. Tidak lama lagi, pengguna di Malaysia juga boleh mula menggunakan YouTube Go.

Tetapi jika anda gemarkan cabaran, anda boleh cuba memuat turun versi BETA YouTube Go sekarang. Tanggung risiko sendiri kalau nak guna. Satu lagi, untuk keselamatan pastikan ia dari Google Playstore. Muat turunnya di sini.



Dengan menggunakan YouTube Go, anda boleh mengawal penggunaan data. Bagaimana?

Ia akan memaparkan previu bergambar terlebih dahulu apabila anda klik pada video yang ingin ditonton. Kemudian, ia akan memberi pilihan resolusi yang ingin dipaparkan dengan saiz data yang akan digunakan. Jadi anda pilih resolusi berdasarkan saiz fail, banyak mana data ingin anda gunakan.



Video ini kemudian akan disimpan di dalam peranti dan boleh ditonton tanpa internet. Lebih baik lagi, anda turut boleh berkongsi video yang telah dimuat turun dengan rakan berhampiran, juga tanpa memerlukan internet.

Bagaimanapun, YouTube Go kelihatan mempunyai banyak kekurangan berbanding aplikasi mudah alih YouTube asal. Ia tidak memiliki Playlist, Trending, Subscription tetapi masih ada Watch History. Ia juga tidak boleh di-cast ke skrin besar.

Tetapi paling penting, penggunaan data dalam kawalan anda. Jika berminat untuk mencuba sebelum ia dilancarkan sepenuhnya, muat turunnya di sini. Pastikan ia di Google Playstore, bukan dari sumber lain.

Tags: YouTubeYouTube GoYouTube Go Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Nak jimat data tengok video? Guna YouTube Go

Nak jimat data tengok video? Guna YouTube Go

4 December 2017
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

14 November 2026
Acer POSWARE diperkenal di Malaysia, tawar sistem POS dan paparan dapur dari RM4,999

Acer POSWARE diperkenal di Malaysia, tawar sistem POS dan paparan dapur dari RM4,999

12 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN