Google Lancar Android Oreo (Go Edition) Khas Untuk Telefon Bajet

Kebaikan sistem operasi Android berbanding iOS adalah ia sarwajagat. Androin boleh dijalankan oleh telefon dalam pelbagai spektrum, daripada flagship mahupun telefon super bajet. Walau bagaimanapun, peranti bajet sinonim dengan prestasi yang lmebab dek sistem operasi yang terlalu berat untuk didukungnya. Untuk menangani masalah itu, Google telah melancarkan Android Oreo (Go Edition).

Selepas ini, telefon yang memiliki RAM antara 512MB hingga 1GB akan menerima suntikan Go Edition. Antara manfaat yang bakal diterima mereka adalah ia akan berprestasi 15% lebih pantas.

Telefon bajet bukan saja menghadapi masalah RAM yang terhad, ruang storan turut menjadi masalah padanya. Go Edition akan hadir dengan apps yang dioptimumkan untuk peranti kelas ini yang memakan kurang daripada 50% ruang storan berbanding kebiasaan.

Selain daripada pengoptimuman ada RAM dan storan, Go Edition masih mewarisi segala-gala manfaat Android versi lengkap seperti tahap keselamatan tertinggi pada Google Play Protect.

Melalui Android Oreo (Go Edition) ini, Google berharap untuk menembusi lagi satu billion pengguna yang masih tidak terjangkau oleh sistem operasi ini.

Kalau anda nak pandu uji App yang dikhaskan untuk Go Edition, cuba Files Go.

[Sumber: Google]

BACA  Cara Terbaru Dan Lebih Pantas Untuk Semak Baki Kad TnG Diperkenalkan