Gabungan Laptop Windows Dan Snapdragon 835 Ini Beri Tempoh Guna Hampir Sehari

Microsoft dan Qualcomm telah mengumumkan beberapa laptop Windows yang dikuasakan cip Snapdragon 835. Laptop-laptop ini akan menjanjikan tahap mobiliti dan kecekapan yang tinggi tanpa perlu mengorbankan prestasi. Ia juga membolehkan pengguna sentiasa berhubung dengan Internet serta keupayaan boot dalam sekelip mata, lebih pantas berbanding laptop berasaskan cip Intel X86 yang ada pada hari ini.

Asus NovaGo  TP370QL

Berbanding laptop Windows 10 sedia ada, tidak banyak perbezaan fizikal pada laptop Windows 10 ARM. Ia tetap menyokong fungsi-fungsi seperti skrin sentuh, Windows Hello, dan stailus. Laptop seperti HP Envy X2, HP Spectre X2, dan Asus NovaGo hadir menggalas Windwos 10S. Sistem perisian itu boleh dinaik taraf kepada Windows 10 versi penuh.

Misalnya, Hp Envy X2 menggayakan paparan sebesar 12.3″ beresolusi 1920 × 1280. Ia turut dilengkapi dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Asus NovaGo pula memiliki spesifikasi yang hampir serupa iaitu RAM 8GB dan storan 256GB. Tetapi, ia memiliki paparan sedikit besar iaitu 13.3″ pada resolusi 1920 × 1080.

HP Envy x2

Salah satu kebaikan penggunaan cip Qualcomm berbanding Intel x86 adalah pada capaian Internet. Snapdragon 835 memiliki modem X16 yang mampu mengalirkan data LTE sepantas 1Gbps. Ia adalah sesuatu yang bagus untuk sebuah komputer mudah alih.

Laptop-laptop yang dipamerkan pada hari pelancaran seperti HP Envy X2, HP Spectre X2, dan Asus NovaGo dimaklumkan akan dijual bermula $600 (RM 2,440) dan $800 (RM 3,253).

Adakah ini menandakan pengakhiran laptop Intel Atom yang mampu milik?

[Sumber: The Verge]

BACA  Pengguna Apple boleh memandu lebih selamat dengan Google Maps dan Waze di Carplay