• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Huawei

[Reviu] Huawei MediaPad M3 Lite Dengan Ciri Yang Jarang Ada Pada Tablet Lain

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:20 am
  • 07/12/2017
  • Komen
[Reviu] Huawei MediaPad M3 Lite Dengan Ciri Yang Jarang Ada Pada Tablet Lain
Share on FacebookShare on Twitter

Segmen tablet mempunyai penggunanya yang tersendiri. Golongan ini memerlukan sebuah peranti yang mampu menggalas tugasan yang kurang sesuai dilakukan oleh sebuah telefon pintar. Contohnya, skrin yang besar diperlukan untuk membaca, kandungan multimedia, dan juga melakukan tugasan khusus.

Huawei adalah antara beberapa pengeluar yang masih menghangatkan segmen ini sungguhpun kebanyakkan pesaing lain sudah mula angkat kaki dan lebih menumpukan pada telefon premium dan pertengahan yang mampu memberi lebih pulangan kepada mereka.



Dalam senarai produk tablet daripada Huawei, anda boleh menemui tablet yang memiliki spesifikasi premium hinggalah ke mampu milik. Huawei MediaPad M3 Lite adalah salah satu tablet yang menduduki kelas pertengahan jika dilihat pada penggunaan cip Snapdragon 435.

Pada harga RM999, ia adalah antara yang termurah dalam kelasnya.



Walaupun dalam kelas pertengahan, Huawei tetap menyuntik seribu satu ciri menarik pada tablet ini untuk buatkan anda kagum akannya. Lebih menarik, MediaPad M3 Lite ada satu ciri unik yang amat jarang dimiliki sebuah tablet. Nak tahu apakah ciri unik itu? Teruskan membaca reviu ini.


Perkakasan

Memegang MediaPad M3 Lite adalah amat selesa. badannya diperbuat daripada besi yang memberikan rasa sejuk apabila berada dalam tapak tangan. Saiz keseluruhan tablet ini adalah ideal kerana tidak terlalu besar untuk dikendalikan tetapi tidak pula terlalu kecil untuk mengehadkan kerja yang mampu kita lakukan bersamanya.

Disebabkan bahagian belakang menerima kemasan matte, kesan cap jari bukanlah masalah pada tablet ini. Tambahan pula, sisi berbucu serong menambahkan lagi tahap ergonomik tablet ini.

Pada bahagian muka tablet, sebahagian besarnya diliputi panel paparan IPS bersaiz 8″. Segala gambar dan video boleh dinikmati melalui skrin beresolusi HD Penuh 1920 x 1200.

Tidak dinafikan bahawa bingkainya agak besar berbanding telefon pintar flagship masa ini. Tapi, sejujurnya anda tak perlukan paparan nirbingkai pun untuk menikmati kandungan multimedia kerana ia menjadikan tablet agak sukar untuk dipegang sambil menonton video.

Pada bahagian dahi tablet, anda akan menemui kamera 8MP. Kamera yang serupa turut boleh ditemui pada bahagian belakang, bezanya adalah hanya kamera belakang memiliki fungsi autofocus.

Bahagian dagu pula anda diberikan butang perumah. Tiada sebarang butang kapasitif hadir dan segala arahan untuk Back atau melancarkan Recent Apps dilakukan dari butang perumah, salah satu ciri menarik pada peranti Huawei.

Pada bahagian sisi kanan, Huawei meletakkan butang kuasa, butang kawalan bunyi, dan slot SIM/mikro-SD. Bateri tablet ini dicas melalui port mikro-USB yang terletak di sebelah bawah. Port audio pula diletakkan pada sebelah atas.

Jeriji speaker stereo terletak di dua lokasi iaitu atas dan bawah.

Pada papan utama, Huawei MediaPad M3 Lite dikuasakan sekeping cip Snapdragon 435. Berikut adalah sedikit maklumat berkaitan Qualcomm Snapdragon 435:

  • Kelajuan cip pada 1.4 Ghz
  • Miliki 8 teras
  • Dibangunkan menggunakan acuan 28nm
  • Diumumkan pada 2 November 2016

Cip itu dipadankan dengan RAM 3GB beserta storan sebesar 32GB. Anda boleh meluaskan storan melalui slot mikro-SD yang mampu menampung sehingga 256GB.

[nextpage title=”Pengalaman Mengguna & Kesimpuan”]

Pada bahagian perisian, Huawei MediaPad M3 Lite mendukung sistem operasi Android 7.0 Nougat yang diselaputi antara muka custom EMUI 5.1. Baiknya antara muka EMUI adalah anda boleh memilih sama ada untuk menggunakan perumah yang ada app drawer ataupun tiada.

Leretan daripada luar bingkai masuk kedalam paparan dari bawah akan melancarkan Google App. Ya, tablet Android masih belum menyokong Google Assistant dan tiada tarikh khusus tentang bilakah tablet Android akan menyokong pembantu AI itu.

Yang menariknya, MediaPad M3 Lite memiliki fungsi telefoni. Ia bermakna anda boleh membuat ataupun menerima panggilan. Tapi, tiada speaker ganggang disediakan. Maka, kecualilah jika anda menggunakan headset berkabel ataupun Bluetooth, suara pemanggil akan dilontarkan menggunakan pembesar suara stereo.

Kehadiran speaker stereo bersama panel paparan HD Penuh menjadikan pengalaman bermultimedia pada tablet ini amat mengasyikkan. Jika anda memiliki capaian Internet tanpa had, tablet ini adalah pusat hiburan mudah alih.

Saya memasang App seperti HyppTV Everywhere, iFlix, Astro Go untuk melayan kandungan-kandungan percuma dan berbayar.

Permainan seperti Need For Speed No Limits berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Ketiadaan pengecasan pantas pada tablet ini agak dirasai lebih-lebih lagi untuk mengisi bateri 4,800 mAh yang dimiliki tablet ini.

Mengecas penuh tablet ini mengambil masa hampir 3 jam lamanya. Daripada bateri hampir kosong, tablet berjaya dicas sehingga 21% dalam masa 30 minit manakala 50% bateri mengambil masa 1 jam 15 minit.

Tapi jangan risau, jika anda cas tablet ini selama 30 minit saja pun, anda sudah ada lebih 1,000mAh untuk digunakan yang pastinya cukup untuk beberapa jam penggunaan.

Kedua-dua kamera yang diberikan pada tablet ini adalah okay. Kamera depan 8MP boleh digunakan untuk panggilan video. Ia turut memiliki fungsi beautify jika anda masih ingin berswafoto menggunakannya.

Kamera belakang turut memiliki sensor 8MP dan diberikan beberapa ciri tambahan seperti mengimbas dokuman, panorama, HDR, dan sebagainya. Sampel gambar daripada kedua-dua kamera adalah seperti berikut:

Kesimpulan

Huawei MediaPad M3 Lite adalah sebuah tablet yang versatil. Ciri telefoni yang ada padanya adalah sesuatu yang jarang ada pada sebuah tablet. Ia memudahkan golongan professional menjalankan kerja tanpa perlu membawa peranti tambahan.

Kehadiran speaker stereo talaan Harman Kardon dan juga skrin HD penuh amat dialu-alukan bagi memberikan pengalaman bermultimedia yang terbaik.

Bateri yang besar serta cip pemproses yang berkuasa melancar dan memberikan waktu penggunaan yang lama.

Pada harga RM999, Huawei MediaPad M3 Lite tidak mungkin akan mengecawakan. Untuk perbandingan, iPad paling murah berharga RM1,549 dan tidak hadir dengan fungsi LTE.

Dapatkan sebuah Huawei MediaPad M3 Lite hari ini melalui laman vmall.

Tags: harman kardonHuaweiHuawei Malaysiahuawei mediapad m3 litemediapad m3 litetablettablet murahtablet murah malaysiatablet speaker stereo
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

[Reviu] Huawei MediaPad M3 Lite Dengan Ciri Yang Jarang Ada Pada Tablet Lain

[Reviu] Huawei MediaPad M3 Lite Dengan Ciri Yang Jarang Ada Pada Tablet Lain

7 December 2017
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER