Pelan Pascabayar Termurah Digi Naik Harga Tapi Anda Dapat Panggilan Tanpa Had

Digi telah mengemas kini tawaran pascabayar mereka khususnya pada pelan pascabayar termurah mereka. Jika dulu ia dikenali sebagai Digi Postpaid 50, kini ia dipanggil Digi Postpaid 58.

Komitmen bulanan turut berubah daripada RM50 kepada RM58 sebulan.

Tawaran laman

Tawaran baru

Tidak banyak perubahan dilihat pada kemas kini itu kecuali pada bahagian panggilan suara. Daripada kuota 100 minit yang diterima pengguna sebelum ini, anda kini boleh menikmati panggilan suara tanpa had.

Untuk bahagian kuota Internet, tiada sebarang perubahan diperhatikan. Perubahan ini dilihat amat minimum dan hanya menguntungkan pengguna yang sering memanggil keluar dan tidak pula pada golongan pengguna data tegar.

Jika anda inginkan sambugnan Internet tanpa had siang dan malam, anda mungkin berminat dengan pelan Digi Postpaid INFINITE yang ditawarkan pada harga serendah RM100/bulan.

Terus ke laman rasmi Digi untuk maklumat lanjut.

Ataupun anda boleh mempertimbangkan pelan prabayar mereka yang telah kami bandingkan dengan penyedia perkhidmatan yang lain di artikel ini.

[Sumber: Gambar]

BACA  Pelan baru KONFEM 4G LTE dari YES tiada had kuota dari RM30 sebulan