fbpx

Jom Kenali Produk Prabayar Daripada Telco Malaysia

Prabayar U Mobile

Pek Permulaan U Mobile

  • Harga Pek Permulaan RM8.50
  • Kredit Tersedia RM5
  • 200MB Data Permulaan
  • 1GB/Bulan Internet Asas
  • Tempoh Sah 10 hari
  • Kadar Panggilan RM0.12/30 saat
  • Kadar SMS RM0.12/SMS
  • 10 Minit/Hari Panggilan Percuma Ke Nombor U Mobile

Pendatang baru dalam dunia prabayar ini telah mengkucarkacirkan pasaran dengan tawaran yang jauh lebih baik berbanding tiga telco di atas. Hasilnya, telco yang lain dengan gelabahnya mengemas kini tawaran masing-masing dengan lebih kerap.

U Mobile hanya ada satu pelan prabayar yang dipanggil Unlimited Power Prepaid. Pek permulaan prabyar U Mobile berharga RM8.50 dan anda akan menerima manfaat seperti:

  • Panggilan suara RM0.12/30 saat dan RM0.12/SMS
  • 200MB Internet berkelajuan pantas
  • 1GB Internet Asas
  • 10 min panggilan suara ke rangkaian U Mobile setiap hari.

Menariknya pelan prabayar U Mobile ini adalah pada tawaran pakejnya. Ia seperti prabyar dan pascabayar digabungkan bersama. Mana taknya, anda menerima gabungan sejumlah data Internet bersama panggilan suara dalam satu pakej.

Mereka juga mengadakan promosi Tanpa Had untuk pelbagai perkhidmatan melalui inisiatif seperti:

  1. App-Onz
  2. Music-Onz
  3. Video-Onz

App-Onz adalah kuota khas percuma yang diberikan untuk anda menggunakan perkhidmatan Facebook, Instagram, dan Twitter. Tiada bayaran dikenakan untuk App-Onz tetapi talian anda perlu kekal aktif untuk menikmatinya.

Melalui Musiz-Onz, anda boleh mendengar muzik daripada APP seperti Apple Music, Sptofi, JOOX, Tidal, KKBOX, Raku, BFM 89.9, ERA fm, MY FM, hitz fm, MIX fm, LITEFM, Sinar FM, THR Raaga, THR Gegar, MELODY FM, Fly FM, Hot FM, One FM, dan Kool FM.

Video-Onz pula adalah kuota khas yang diberikan untuk menggunakan perkhidmatan seperti YouTube, Netflix, Facebook, Twitter, Dailymotion, Youku Tudou, HyppTV Everywhere, Ciu, iflix, tonton, Astro GO, NJOI Now, dimsum, MOX, Crunchyroll, Viki, Eros Now, HeroTalkies, YuppTV, YouTube Gaming, YouTube Kids, BFM, The Edge TV, Pocketimes, ONFM, dan StarLive.

BACA  Penggabungan Digi dan Celcom mungkin gagal dan tidak diteruskan

6 Pakej Prabayar U Mobile

Pakej Data Sahaja

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Contents