DJI Spark Kini Dijual Lebih Murah Berbanding Xiaomi Mi 6

Adakah anda sedang mencari sebuah dron yang berkualiti bukan saja pada binaan, tapi pada kameranya? Anda tak mungkin salah dengan DJI Spark.

Ia adalah gabungan dron bermobiliti tinggi, harga yang kompetitif, serta mesra pengguna. Dilancarkan pada Julai 2017 pada harga serendah RM2,288 anda kini boleh mendapatkan sebuah dron ini pada harga kurang daripada RM1,800.

Untuk tempoh terhad, KLDSLR kini menawarkan DJI Spark pada harga RM1,720 atauapun 25% lebih rendah berbanding harga pelancaran.

Tapi melihat pada waktu penerbangan DJI Spark yang agak terhad, anda mungkin memerlukan bateri tambahan beserta beberapa aksesori tambahan kalau-kalau kemalangan berlaku. Anda boleh mencari FLY MORE COMBO untuk lebih menikmati potensi penuh dron itu.

Fly More Combo memberikan komponen-komponen seperti beriku:

  • Pelindung rotor
  • Pengecas bateri
  • Rotor tambahan
  • Alat kawalan
  • Beg
  • 2 Bateri

Fly More Combo dilancarkan pada harga RM3,188 tetapi ia kini dijual pada harga RM2,435 ataupun RM750 lebih rendah berbanding harga asal. Lawati pautan dibawah untuk mendapatkan DJI Spark pada harga runtuh.

DJI Spark FlyMore Combo

BACA  DJI Mavic 2 Beri Kuasa Videografi Hollywood Dihujung Jari