• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple Perlahankan iPhone Lama Bersebab

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:41 pm
  • 21/12/2017
  • Komen
Apple Perlahankan iPhone Lama Bersebab
Share on FacebookShare on Twitter

Selama ini ia hanya sekadar teori konspirasi, tapi kali ini terdapat bukti saintifik untuk menyokong dakwaan yang Apple mengurangkan prestasi iPhone seiring dengan usia telefon itu. Pembangun perisian penanda aras Geekbench, John Poole, menerbitkan satu penemuan yang mengejutkan dalam laman web beliau.

Menggunakan data penanda aras daripada iPhone 6s dan iPhone 7 yang menjalankan tiga versi iOS yang berbeza, John Poole mendapati bahawa terdapat pola penurunan daripada kecekapan pengkomputeran apabila dia memplotkan pemboleh ubah kernel density daripada Geekbench 4 untuk kategori skor ekateras.



Ketaktekalan pada prestasi pengkomputeran pada iPhone 6S yang menjalankan iOS 11.2.0

Anda boleh merujuk laporan penuh di sini.



Penemuan saintifik ini hadir selepas ada pengguna iPhone yang mendakwa yang prestasi iPhone mereka meningkat mendadak sebaik sahaja mereka menggantikan bateri pada set telefon mereka dengan yang baru.

Perkara yang sama turut dilaporkan oleh seorang pengguna iPhone yang baru menggantikan bateri telefonnya.

So it’s true Apple intentionally slow down old iPhones. Proof: My iPhone 6 was bought 3years ago and recently got really slow. APP ‘CPU DasherX’ shows iPhone CPU is under clocked running at 600MHz. After a iPhone battery replacement. CPU speed resumed to factory setting 1400MHz. pic.twitter.com/pML3y0Jkp2

— Sam_Si (@sam_siruomu) December 20, 2017

TheVerge sudahpun mendapatkan maklum balas Apple tentang perkara ini dan pihak Cuptertino memberikan alasan berikut:

Visi kami adalah untuk memberikan pengalaman terbaik buat pengguna, daripada segi prestasi serta jangka hayat peranti mereka. Bateri ion litium pada iPhone, berkadar dengan masa, akan menjadi kurang cekap untuk membekalkan tenaga serta kapasiti akan berkurangan dan seterusnya menyebabkan telefon terpadam dengan sendirinya bagi melindungi komponen elektronik yang terkandung dalamnya.

Adakah anda bersetuju dengan tindakan Apple menurunkan prestasi iPhone disebabkan bateri yang kurang cekap?

Tags: appleapple malaysiaiphoneiphone 6siphone 7iphone lagiphone slow
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Apple Perlahankan iPhone Lama Bersebab

Apple Perlahankan iPhone Lama Bersebab

21 December 2017
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN