• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Penyelidik Jepun temui cara skrin retak boleh pulih sendiri

  • OLEH Najib
  • 1:31 pm
  • 21/12/2017
  • Komen
Penyelidik Jepun temui cara skrin retak boleh pulih sendiri
Share on FacebookShare on Twitter

Mungkin kehabisan bateri dan ketiadaan WiFi menjadi salah satu perkara paling digeruni masa kini. Tetapi kerosakan fizikal seperti kaca skrin retak lebih menakutkan, kerana beratus RM terpaksa dibelanjakan untuk menggantikannya.

Menjadi norma sekarang apabila perkara pertama yang dibuat selepas membeli telefon pintar baru adalah memasang tempered glass.



Apa kata kalau kaca yang retak itu boleh pulih sendiri?

Sekumpulan penyelidik dari Universiti Tokyo di Jepun, telah menemui sejenis kaca yang boleh menyembuh sendiri. Kaca ini boleh digunakan sebagai skrin telefon dan peranti lain.



Kaca ini adalah sejenis polimer baru yang dikenali sebagai “polyether-thioureas“. Ia boleh memperbaiki diri sendiri semudah menekannya sahaja.

Teknologi sebegini adalah yang pertama seumpamanya dalam suhu bilik. Kaca ini sangat tahan lasak tetapi ia boleh dipulihkan semula dengan memberi tekanan ke atas kawasan yang retak.

Sedikit lucu tentang penemuan kaca ini. Ia bermula apabila seorang pelajar bernama Yu Yanagisa, pada mulanya ingin menggunakan bahan ini sebagai gam tetapi menemui fungsi pemulihannya. Kaca ini boleh pulih kepada kekuatan asalanya hanya dalam beberapa jam sahaja.

Jika benar, ini pastinya penemuan yang sangat penting buat dunia peranti pintar. Tidak perlu risaukan lagi telefon terjatuh sehingga retak skrin. Tapi kalau dah berkecai mungkin susah juga.

atau dapatkan perumah tahan lasak seperti Otterbox

Siapa agaknya yang akan mula-mula menggunakan kaca ini kelak. Adakah harganya boleh dikekalkan atau akan naik melampau? Tak guna juga kalau harga mahal yang sama seperti menukar skrin.

[Sumber: Android Authority]

Tags: kaca pulih sendirikaca retakskrin pulih sendiriskrin retak
Najib

Najib

POPULAR

Penyelidik Jepun temui cara skrin retak boleh pulih sendiri

Penyelidik Jepun temui cara skrin retak boleh pulih sendiri

21 December 2017
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN