• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Qualcomm akan terus dominasi pasaran telefon pintar 2018

  • OLEH Najib
  • 2:01 pm
  • 02/01/2018
  • Komen
Qualcomm akan terus dominasi pasaran telefon pintar 2018
Share on FacebookShare on Twitter

Qualcomm telah pun mengumumkan cip pemproses mudah alih terbaru mereka, Snapdragon 845 untuk kegunaan pelbagai peranti bermula tahun ini. Malah, Xiaomi turut sama di majlis pelancaran tersebut dan menyatakan cip ini akan memperkasa telefon pintar Mi 7 akan datang mereka.

Tetapi beberapa khabar angin yang bertiup kencang menyatakan, Qualcomm telah berjaya meyakinkan majoriti pengeluar peranti untuk menggunakan cip Snapdragon 845. Perkara ini pasti tidak mengejutkan kerana cip Snapdragon 835 sebelum ini juga menjadi pilihan ramai.



Paling kuat dinyatakan ia bakal diperlihatkan bersama Samsung Galaxy S9/S9+ di pameran CES bulan ini di Amerika Syarikat. Selain dari itu model lain yang disebut-sebut bakal menggunakan cip Snapdragon 845 adalah LG G7/7+ dan LG V40, HTC U12 dan U12+, Google Pixel 3/XL, OnePlus 6, ZTE Nubia Z18, Xiaomi Mi Mix3, serta Sony Xperia XZ Pro-A.

OPPO juga turut dikatakan akan menggunakan cip terbaik Qualcomm ini. Manakala Motorola dilaporkan akan memuatkan cip Snapdragon 845 di dalam beberapa peranti mereka, tetapi akan diperkenalkan sekitar tahun 2019.



Kuasa Dalaman Snapdragon 845

Lebih menarik lagi, cip Qualcomm Snapdragon 845 bukan sahaja memperkasa peranti Android, malah akan digunakan di laptop-laptop yang menjalankan Windows 10. Ia berikutan pengumuman kerjasama Qualcomm dan Windows mempergunakan cip Snapdragon 835 di beberapa laptop sebelum ini, yang pastinya membuka jalan buat cip Snapdragon 845.

Masa depan Qualcomm nampaknya masih cerah walaupun dilanda pelbagai kontroversi tahun lepas seperti disaman oleh Apple dan beberapa syarikat lain. Qualcomm juga diambang pengambilalihan apabila Broadcomm sangat berminat untuk membeli majoriti sahamnya, tetapi ia tidak kesampaian.

[Sumber: Forbes]

Tags: QualcommQualcomm Snapdragonqualcomm snapdragon 845snapdragon 845
Najib

Najib

POPULAR

Qualcomm akan terus dominasi pasaran telefon pintar 2018

Qualcomm akan terus dominasi pasaran telefon pintar 2018

2 January 2018
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN