Jawapan Samsung Terhadap Snapdragon 845 Ada Pada Exynos 9810

Cip flagship 2018, Snapdragon 845, daripada Qualcomm sudahpun diumumkan pada Disember 2017. Samsung juga tidak mahu ketinggalan untuk mengumumkan perkembangan mereka dalam industri semikondukter apabila mengumumkan Exynos 9810.

Disebabkan kedua-dua cip Snapdragon dan Exynos dihasilkan oleh Samsung, anda boleh menjangkakan terdapat beberapa persamaan dalam antara mereka.

Galaxy Note8 Menggunakan Exynos 8895

Seperti Snapdragon 845, Samsung turut menggunakan pendekatan DynamIQ pada teras cip dengan kelajuan maksimum sehingga 2.9Ghz pada kluster Exynos M3. Ia jauh lebih pantas berbanding Exynos M2 milik 8895 yang digunakan oleh Galaxy Note8/S8+/S8.

Daripada segi prestasi, mereka memaklumkan yang pengguna boleh menjangkakan peningkatan 2 kali dalam pemerosesan ekateras menakala prestasi multiteras menokok 40 peratus berbanding sebelumnya.

Seperti pengeluar cip lain yang memasukkan fungsi pemerosesan rangkaian neural (neural network), Exynos 9810 turut menyokong fungsi yang sama dan akan digunakan pada pengesanan muka yang labih jitu. Cip khas juga diberikan padanya untuk mengendalikan maklumat-maklumat sensitif seperti cap jari dan sebagainya.

Exynos 9810 sudah tentu akan digunakan pada telefon seperti Note9/S9+/S9. Paling awal mungkin akan dinimakti oleh siri S9/S9+ yang biasanya dilancarkan sekitar Februari.

[Sumber: Samsung]