• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

AirAsia sediakan tempahan Uber selaras dengan jadual penerbangan

  • OLEH Najib
  • 6:38 pm
  • 08/01/2018
  • Komen
AirAsia sediakan tempahan Uber selaras dengan jadual penerbangan
Share on FacebookShare on Twitter

AirAsia dan Uber hari ini mengumumkan kerjasama di mana pengguna kedua-dua perkhidmatan, boleh mendapat pengangkutan lebih mudah ke lapangan terbang. Kerjasama ini akan menyaksikan tawaran yang tidak terhad kepada kod promosi dan diskaun, malah merangkumi pemasaran bersama dan integrasi teknologi.

Dengan kerjasama ini, pengguna dapat menikmati perkhidmatan Uber sejurus mendarat di lapangan terbang. Pengguna boleh membuat tempahan atau menjadualkan tempahan (scheduled rides) Uber, apabila mengesahkan tempahan AirAsia. Ini memastikan perjalanan yang lancar dari kapal terbang ke dalam kereta untuk menuju destinasi pilihan.



Jika tempahan Uber ini dapat diselaraskan dengan jadual kelewatan penerbangan AirAsia secara automatik, pasti ini sangat memudahkan pengguna.

Bagi pengguna baru Uber , boleh menikmasi diskaun perjalanan apabila mendaftar akaun baru Uber menggunakan kod promosi AIRASIA.



Kerjasama ini tidak terhad di Malaysia sahaja. Ia boleh digunakan di 52 bandar merentasi Asia Pasifik dan Amerika Syarikat, di mana AirAsia beroperasi dan aplikasi Uber boleh digunakan.

Buat masa ini, Uber menyediakan kadar rata RM65 (uberX), RM110 (uberXL) atau RM200 (UberBLACK) untuk pengguna dari Kuala Lumpur ke KLIA atau KLIA2. Kadar ini tidak termasuk tol.

Pesaing Uber, Grab juga mengenakan kadar yang hampir sama, iaitu RM65 (GrabCar), RM75 (GrabCar Plus), RM105 (GrabCar 6-kerusi) atau RM150 (GrabCar Premium). Ia tidak termasuk bayaran tol.

Grab turut menyediakan promosi khas dengan kerjasama KLIA Ekspress. Orang ramai boleh mendapatkan kupon Grab RM10 dengan pembelian tiket sehala KLIA Ekspres pada harga biasa RM55. Jika membeli tiket ulang-alik KLIA Ekspres berharga RM100, akan menerima dua kupon Grab RM10.

Bagaimanapun kupon Grab ini hanya boleh digunakan untuk pergi dari dan ke KL Sentral sahaja. Maklumat lanjut tawaran Grab dan KLIA Ekspress ini boleh disemak di sini.

Tags: AirAsiaKLIAKLIA2UberUber KLIAUber KLIA2
Najib

Najib

POPULAR

AirAsia sediakan tempahan Uber selaras dengan jadual penerbangan

AirAsia sediakan tempahan Uber selaras dengan jadual penerbangan

8 January 2018
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN