• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama DJI

Tello, Adik DJI Spark Yang Suka Belajar

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:53 am
  • 10/01/2018
  • Komen
Tello, Adik DJI Spark Yang Suka Belajar
Share on FacebookShare on Twitter

Ramai melihat DJI Spark sebagai dron permulaan untuk mereka yang baru berjinak dalam dunia dron. Tapi pada CES 2018, sebuah syarikat yang ada kaitan dengan DJI, RYZE Tech telah mempamerkan Tello, sebuah dron seakan Spark, tapi lebih kecil dan mempunyai kegunaan yang unik.

Tello adalah sebuah dron pembelajaran yang boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar. Menggunakan sistem pengekodan Scratch daripada MIT, pengguna boleh belajar pengaturcaraan sambil berseronok.



Salah satu kebaikkan dron yang boleh diprogramkan adalah anda boleh menetapkan cara penerbangan dron sebelum ia berada di udara. Berbanding dron lain, anda perlu melakukannya ketika ia diudara. Maka, penetapan sebelum terbang akan memaksimumkan penggunaan bateri.

Walaupun lebih kecil dan ringan berbanding Spark (80 g vs 300 g), Tello tetap memliki teknologi-teknologi daripada DJI seperti pengesan pengelak pertembungan.



Ia boleh berlepas dan mendarat terus daripada tapak tangan pengguna dan berupaya melakukan aksi udara dek ketangkasannya di udara.

Tello dilengkapi dengan kamera 5MP dan proses menstabilkan imej dilakukan secara elektronik menggunakan pemproses Intel yang terpateri pada papan utamanya. Video yang mampu dirakamnya adalah pada resolusi 720p.

Untuk satu cas penuh, dron ini mampu beroperasi sehingga 13 minit dalam jarak 100 meter daripada operator. Dua antenna hadir pada badan pesawat sebagai langkah keselamatan.

Tello dijadualkan berada di pasaran Mac 2018 ini pada harga USD99 (RM397).

Say Hello to Tello.

Hi, I’m Tello.
I’m a small drone built with fun in mind. I can do flips, simple selfies, and fly with a friend. #HelloTello
Check me out: www.ryzerobotics.com

Posted by RyzeRobotics on Sunday, January 7, 2018

[Sumber: PRNewswire]

Tags: djidrondron kompakdron malaysiadron murahIntelryze techtello
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Tello, Adik DJI Spark Yang Suka Belajar

Tello, Adik DJI Spark Yang Suka Belajar

10 January 2018
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER