Pengeluar Konsol Pasti Tergugat Jika Rainway Berjaya Direalisasikan

Keeksklusifkan dan proprietari adalah kaedah utama sesuatu pengeluar konsol permainan. Lihat sajalah pada game seperti Halo, Super Mario, Horizon Zero Dawn dan banyak lagi yang hanya ada pada platform tertentu. Itulah yang cuba dicapai oleh Rainway, satu aplikasi yang sedang dibangunkan untuk tujuan menangani masalah exsclusivity dan proprietari ini.

Dalam satu video konsep yang diterbitkan pihak pembangun, Railway menyokong platform seperti Nintendo Switch, Android, iOS, dan Xbox. Konsol PS tidak pula muncul dalam video ini. Lebih menarik, ia PERCUMA.

 

Rainway mungkin beroperasi seperti kebanyakkan penyelesaian bermain merentasi platform yang lain. Komputer anda dijadikan sebagai pelayan (host) yang bertanggungjawab memikul semua beban pemerosesan permianan.

Ia akan strimkan permainan kepada peranti (client) yang bertindak sebagai pemapar serta penerima input pemain.

Maka, anda mungkin memerlukan satu sambungan Internet yang utuh serta pantas lebih-lebih lagi jika bermain permainan yang sangat kompetitif dan memerlukan ping yang sangat rendah seperti Splatoon.

Konsep bermain merentasi platform memang sudah lama menjadi dambaan baik pengeluar, mahupun pemain. Misalnya, Steam In-Home Streaming sedang mempromosikan konsep yang sama. Walai bagaimanapun ia hanya menyokong platform Windows.

Cuma Rainway membawa konsep ini lebih jauh. Perkhidmatan ini akan mula ditawarkan bermula 20 Januari dan anda perlu muat turun dua program iaitu Server dan Client.

[Sumber: Aksiz]