• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga phablet Mi Max 2 mengecil di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 10:25 am
  • 16/01/2018
  • Komen
Harga phablet Mi Max 2 mengecil di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda mahukan telefon pintar yang besar tapi masih belum dipanggil tablet, Mi Max 2 keluaran Xiaomi boleh menjadi pilihan. Ia kini menjadi lebih menariki dimiliki apabila Xiaomi Malaysia mengumumkan penurunan harga sebanyak RM150.

Menerusi Facebook Mi Malaysia, harga Mi Max 2 kini diumumkan turun dari RM1,199 menjadi hanya RM1,049. Dipotong sebanyak RM150.



Click on the photo for the great news for immersive gaming and media experience on 6.44″ screen with big 5300mAh battery…

Posted by Mi Malaysia on Sunday, 14 January 2018


Mi Max 2 digelar phablet kerana skrinnya yang besar, berukuran 6.44-inci HD Penuh. Dengan badan yang besar, ia juga memiliki bateri besar berkapasiti 5,300mAh. Mi Max 2 menyokong pengecasan pantas Quick Charge 3.0 melalui sambungan USB-C.

Jangka hayat bateri Mi Max 2 boleh dijangka lebih panjang dari biasa kerana ia menggunakan kuasa pemproses Snapdragon 625 yang terkenal sangat cekap tenaga. RAM sebanyak 4GB dipasang di dalam bersama storan dalam 64GB. Mi Max 2 memiliki dua slot kad hibrid, menyokong gandingan 2 kad sim bersama kad mikroSD.

Kamera belakang Mi Max 2 menggunakan sensor satu lensa 12MP f/2.2, manakala kamera hadapannya 5MP f/2.2. Ia memiliki sistem bunyi stereo yang mempergunakan speaker di bawah telefon bersama speaker di telinga.



Telefon pintar Xiaomi Mi Max 2 berharga RM1,049 ini telah boleh mula dibeli di stor rasmi Mi Malaysia di Lazada serta di stor fizikal Xiaomi dan pengedar di seluruh Malaysia.

[Sumber: Facebook Mi Malaysia]

Tags: Mi MalaysiaMi Max 2Mi Max 2 Malaysiaxiaomixiaomi malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Harga phablet Mi Max 2 mengecil di Malaysia

Harga phablet Mi Max 2 mengecil di Malaysia

16 January 2018
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Cuba Tuju, aplikasi navigasi disyorkan kerajaan, belum cukup baik gantikan Waze?

Cuba Tuju, aplikasi navigasi disyorkan kerajaan, belum cukup baik gantikan Waze?

22 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN