Kalau HTC U11+ Diluar Bajet, HTC U11 Eyes Mungkin Ada Penyelesaiannya

HTC Taiwan hari ini menyenaraikan sebuah telefon baru iaitu HTC U11 Eyes. Melihat pada spesifikasi, ia adalah sebuah telefon kelas pertengahan dengan spesifikasi menyaingi Samsung Galaxy A8 dan kalis debu/air sama seperti pesaingnya itu.

Seperti HTC U11+ yang diumumkan di Malaysia minggu lalu, telefon ini turut menggayakan paparan 18:9 memanjang. Tambah menarik, ia mungkin hanya sebilangan kecil telefon kelas pertengahan yang ada skrin beresolusi Full HD+ (2160×1080).

HTC U11 Eyes juga adalah telefon HTC pertama yang memiliki kamera kembar depan. Anda boleh ambil gambar swafoto menggunakan dua kamera depan 5MP F2.2. Untuk kamera belakang pula, sensor UltraPixel 3 12MP disediakan.

Pada papan utama, telefon in idiberikan cip Snapdragon 652, cip yang sama digunakan pada HTC 10 Lifestyle. Cip ini agak berusia kerana dilancarkan penghujung 2015. Cip itu dipandankan dengan ram sebesar 4GB dan storan 64GB yang boleh diperluas melalui slot SD khas.

Menguasakan telefon ini adalah sekeping bateri berkapasiti 3,930mAh dengan pengecasan pantas Quick Charge 3.0. Terdapat pengimbas cap jari di bahagian belakang telefon ini untuk kemudahan pengguna.

Pada bahagian sistem operasi, ia menjalankan Sense UI yang menyaluti Android Nougat. Telefon ini turut mempunyai Edge Sense, HTC USonic seperti yang ada HTC U11+.

Tiada maklumat tentang penjualan telefon ini di luar Taiwan buat masa ini. Ia dijual pada harga NT$14,900 (RM1,992).

[Sumber: HTC, 2]

BACA  honor Magic 2 ada skrin dan kamera ajaib
Share