• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TM Integrasikan Empat Perkhidmatan Dalam Satu Jenama unifi

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:17 pm
  • 24/01/2018
  • Komen
TM Integrasikan Empat Perkhidmatan Dalam Satu Jenama unifi
Share on FacebookShare on Twitter

Jaguh convergence negara, Telekom Malaysia, hari ini mengumumkan penjenamaan semula empat produk mereka dalam usaha untuk menjadi penyedia Internet serba lengkap Malaysia. Empat produk yang diumumkan pada hari ini adalah:

  • unifi Home
  • unifi TV
  • unifi Mobile
  • unifi WiFi

unifi Home

Dijenamakan semula daripada UniFi, TM akan melancarkan kempen “Skuad Sempurna unifi” untuk terus meluaskan penembusan pasaran ke kediaman. Objektif utama kempen ini adalah untuk membolehkan pengguna menikmati capaian jalur lebar pantas pada harga serenda RM139 sebulan.



Wakil-wakil unifi akan menjelajah ke seluruh negara untuk memudahkan anda mendapatkan maklumat tentang tawaran terbaru, menetapkan janji temu pemasangan servis, serta melengkapkan proses pendaftaran.

unifi Mobile

unifi Mobile yang dulunya dikenali sebagai webe akan terus memberikan tawaran plan kuota tanpa had seperti yang ditawarkan pada 2016. Telco digital sepenuhnya ini telah mencetuskan satu trend baru yang kemudiannya diikuti oleh produk seperti ookyo dan tapp.



Untuk menyambut kejayaan ini, unifi Mobile kini mengedarkan 1 juta kad SIM percuma yang hadir bersama 20GB kuota data percuma untuk pengguna Malaysia. Pengguna yang berminat hanya perlu memasang AAPP [email protected] yang ada di AppStore dan Play Store.

unifi TV

Daripada HyppTV ke unifi TV, kualiti perkhidmatan TV digital TM tidak berubah sama sekali. Mereka turut melancarkan program TV interaktif yang dinamakan Teka Tekan. Melalui program itu, penonton boleh berinteraksi secara masa nyata bagi merebut peluang memenangi hadiah wang tunai harian RM20,000.

Program itu sudah mula ditayangkan pada 15 Januari yang lalu pada saluran HyppSensasi (Saluran 1116). Untuk turut serta, penonton hanya perlu mencapai alat kawalan mereka dan tekan butang berwarna padanya semasa menjawab soalan.

Teka Tekan dihoskan oleh 4 selebriti tempatan iaitu Acong Sweet Child, Farouk Hussein, Shuib Sepahtu, dan Anas Ridzuan. Program ini ditaja oleh Huawei.

unifi Wifi

unifi Wifi adalah perkhidmatan Wi-Fi awam bertebaran di seluruh negara. Dengan lebih 7,000 hotspot, pengguna boleh berhubung dengan Internet berkelajuan tinggi dengan sedikit bayaran.

Untuk menikmati unifi Wifi, anda boleh memuat turun APP i-foundit! yang boleh dimuat turun daripada AppStore dan Play Store.

Tags: Telekom MalaysiaTMUnifiunifi homeUnifi mobileunifi TVunifi wifi
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Ini cara berkesan untuk pastikan galeri telefon anda kekal kemas dari gambar sampah

Ini cara berkesan untuk pastikan galeri telefon anda kekal kemas dari gambar sampah

7 Februari 2023

Unifi Mobile turunkan lagi had FUP dan kuota hotspot pelan prabayar tanpa had

4 Februari 2023
TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

4 Februari 2023
Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

19 Januari 2023
TM Integrasikan Empat Perkhidmatan Dalam Satu Jenama unifi

TM Integrasikan Empat Perkhidmatan Dalam Satu Jenama unifi

24 Januari 2018

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER