• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

DirectD Mula Jual Redmi 5 Versi Malaysia Pada Harga Menarik

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:36 pm
  • 02/02/2018
  • Komen
Redmi 5 Mungkin Telefon Berskrin 18:9 Termurah Dalam Pasaran
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa hari lalu kami ada laporkan yang set Malaysia untuk Redmi 5 & 5 Plus akan mula dijual tak lama lagi. Hari ini, DirectD dilihat telah menyenaraikan telefon itu dan mula dijual pada harga serendah RM679 sekaligus menjadikannya antara yang termurah dalam kelasnya.

LATEST ARRIVAL! XIAOMI Redmi 5 | Redmi 5 Plus – Original by Xiaomi Malaysia.

Redmi 5 (5.7” FULLVIEW | 3GB RAM | 32GB…

Posted by DirectD on Thursday, February 1, 2018

Redmi 5 & 5 Plus adalah dua telefon pertama Xiaomi yang mengguna pakai paparan 18:9 dan dilancarkan di China Disember 2017.



Pada papan utama Redmi 5 Plus, ia dikuasakan oleh platform Snapdragon 625 yang turut boleh ditemui pada telefon seperti:

  • Xiaomi Mi A1
  • Redmi Note 5
  • Mi Max 2
  • Moto G5s Plus

Redmi 5 pula dikuasakan cip Snapdragon 450 yang berkelajuan 1.8Ghz.



Kedua-dua telefon yang ditawarkan DirectD mempunyai RAM 3GB dan storan 32GB. Bezanya antara keduanya adalah pada besar skrin paparan. Redmi 5 memiliki paparan HD 5.7″ manakala 5 Plus diberikan panel 5.99″ HD penuh.

Pada bahagian pengimejan, kedua-dua telefon itu mengambil gambar melalui kamera belakang 12MP dan kamera swafoto 5MP. Menguasakan semua kelengkapan telefon ini adalah bateri berkapasiti 3,300mAh (Redmi 5) dan 4,000 mAh (Redmi 5 Plus).

Harga Redmi 5 di DirectD adalah seperti berikut:

  • Redmi 5 – RM679
  • Redmi 5 Plus RM749

Layari laman rasmi mereka untuk maklumat lanjut.

Tags: directdharga redmi 5harga redmi 5 plusMi Malaysiaredmi 5redmi 5 plustelefon 18:9telefon skrin lebarxiaomi
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Redmi 5 Mungkin Telefon Berskrin 18:9 Termurah Dalam Pasaran

DirectD Mula Jual Redmi 5 Versi Malaysia Pada Harga Menarik

2 February 2018
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN