Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Imej Bocor ZenFone 5 Tunjukkan Ia Miliki Iras IPhone X

Asus dijadualkan mengadakan satu majlis pelancaran telefon pada temasya MWC 2018 yang akan datang. Hampir pasti mereka akan mengumumkan siri ZenFone 5 untuk memperharui siri ZenFone 4 yang dilancarkan sektiar Ogos 2017. Terbaru, terdapat imej bocor bertebaran di alam maya yang menunjukkan rupa paras telefon yang bakal dilancarkan mereka.

Mendukung nombor model “ASUS X00PD”, bahagian depannya dihiasi panel 5.7″ 18:9 , sama seperti sebuah ZenFone Max Plus. Tapi bahagian belakang, kedudukan kamera sedikit berubah. Telefon ini memiliki bonjol kamera menegak seperti yang boleh ditemui pada sebuah iPhone X.

Kelihatan juga pengimbas cap jari pada bahagian tengah telefon, diatas cap Asus. Jalur plastik yang menempatkan antena telekomunikasi disembunyikan di sekeliling bahagian atas dan bawah telefon.

Port audio 3.5mm hadir pada bahagian atas manakala port micro-USB pada bahagian bawah diapit jeriji audio.

Tiada maklumat khusus dikongsikan tentang spesifikasi telefon ini, tapi daripada spekulasi, telefon ini akan menggunakan:

  • Snapdragon 430
  • RAM 3GB
  • ANdroid 8.0 Oreo

[Sumber: Winfuture]

BACA  Realme kini jual penimbang dan berus gigi