Tiga Kenikmatan Yang Bakal Anda Rasai Pada Kamera Galaxy S9

Pelancaran flagship terbaru Samsung Galaxy S9 dijadualkan berlangsung pada 25 Februari ini di Barcelona. Menjelang hari besar itu, Samsung berkongsi sekilas maklumat berkaitan apa yang mampu dilakukan oleh kamera telefon itu.

Video Super Slowmo

Selari dengan laporan kami berkaitan sensor kamera terbaru yang dibangunk Samsung, Galaxy S9 dijangka mampu merakam vide gerak perlahan pada kadar dan resolusi lebih tinggi daripada biasa.

Video 480fps pada resolusi HD penuh pastinya memerlukan satu sensor khas dibangunkan untuk menyimpan sebegitu banyak data pada sesuatu masa. Ia semua dimungkinkan dengan penggunaan teknologi ISOCELL Samsung.

Ia mungkin lebih baik daripada implementasi Sony yang hanya mampu merakam slowmo 960fps pada 720p tapi untuk beberasa detik saja.

Kehebatan Lowlight Tinggi

Selepas Galaxy K Zoom, Galaxy S4 Zoom dan Galaxy W2018, Galaxy S9 dijangka bakal jadi antara yang memiliki kamera dengan apertur tak malar. Pada bukaan seluas F1.5, ia adalah kamera berapertur paling luas setakat ini dalam kategorinya.

Sudah pastinya prestasi dalam keadaan malapnya tidak boleh dipertikaikan lagi.Jika keadaan cerah dikesan, apertur akan dikecilkan kepada F2.4.

Animoji Versi Samsung

Apple melancarkan Animoji dan ia terus menjadi fungsi paling cool untuk digunakan pada media sosial pada hari ini. Untuk Android, masih tiada apa-apa yang setanding dengan Animoji dan semuanya mungkin berakhir dengan pelancaran Galaxy S9.

BACA  Nak beli barang di Lazada, tangkap gambar je