[Reviu] OnePlus 5T Pembunuh Flagship Kembali Mencari Mangsa

Pendahuluan

Dalam kalangan pengguna kebanyakan, OnePlus mungkin adalah nama yang sedikit asing dek kurangnya pendedahan media terhadap mereka. Namun, dalam dunia “bawah tanah”, OnePlus digeruni pengeluar telefon yang lebih besar. Mana taknya, syarikat ini mampu mengeluarkan telefon berstatus flagship pada harga mid-range!

Sudah tentu ia menjadi pengucar kacir pasaran (market distruptor) dan seterusnya menjadi satu peringatan kepada pengeluar yang lain untuk tidak menokak pengguna dengan telefon yang mahalnya tidak sepadan dengan spesifikasi yang diberikan.

Yang terbaru adalah daripada OnePlus adalah model 5T yang dilancarkan November 2017. Ia dibangunkan untuk menggantikan model 5 yang dijual di Malaysia Jun 2017 yang lalu.

Terdapat beberapa penambahbaikan dilakukan pihak OnePlus keatas 5T. Ini adalah spesifikasi OnePlus 5T

Rekaan: Kekal DNA Kekal Bergaya

Sekilas pandang sejurus memegang OnePlus 5T, anda pasti rasakan ia menyamai OnePlus 5. Namun begitu terdapat beberapa perbezaan daripada rupa parasnya.

Yang paling ketara adalah paparan telefon ini lebih panjang berbanding sebelumnya. Abjad “T” pada 5T mungkin bermaksud Tall dan ia merujuk pada paparan 18:9 yang menghiasi hampir 80% bahagian muka telefon.

Sungguhpun memiliki panel HD penuh 6″, saiz telefon ini tidak jauh bezanya semasa ia menggayakan panel 5.5″.

Badannya masih utuh diperbuat daripada alumunium sepenuhnya bersama-sama sedikit kemasan plastik bagi melindungi antena telekomunikasi pada bahagian atas dan bawah telefon.

Butang ikonik untuk mute-kan telefon kekal berada disebelah kiri manakala butang kawalan bunyi dan kuasa dihimpunkan pada sebelah sisi kanan telefon. Masih mengekalkan ideologi konservatif mereka, OnePlus belum lagi membuang jek audio 3.5mm yang boleh ditemui di sebelah dagu telefon.

Jek ini, bersama-sama jeriji speaker mengapit port USB-C.

Demi memenuhi trend semasa, bahagian muka telefon jadi ketandusan ruang untuk meletakkan komponen pengimbas cap jari. Maka, komponen itu dipindahkan pada sebelah belakang telefon.

Berhampiran pengimbas cap jari, anda akan menemui bonjolan yang menempatkan kamera berkembar serta lampu flash LED.

Bonjolan kamera yang agak tebal dapat diperhatikan dan anda mungkin perlu membeli casing sejurus mendapatkan telefon ini. Jika tak, alamatnya calar pasti menghinggap bonjolan ini.

  • SyaFiQ MaT aLi

    T bukan ‘Tall’ .. Tapi S+1=T..