Promosi honor X DJI buat harga View 10 dan OSMO Mobile 2 lebih murah

DJI dan honor telah mengumumkan kerjasama yang unik awal bulan lepas dan ia bakal dinikmati oleh peminat di Malaysia. Ia berikutan pengumuman honor Malaysia untuk mengadakan promosi khas di antara telefon pintar honor View 10 bersama produk DJI.

Dalam promosi yang akan berjalan sehingga hujung bulan Mac 2018, pembeli telefon pintar honor View berharga RM2,099 akan menerima baucar RM60 yang boleh digunakan untuk membeli gimbal DJI OSMO Mobile 2. Gimbal baru DJI ini dijangka akan mula dijual di Malaysia awal bulan Mac.

DJI OSMO Mobile 2 telah dijual di Amerika Syarikat dengan harga USD129, jauh lebih murah berbanding model pertama OSMO Mobile yang dilancarkan dengan harga USD299. Laporan awal menyatakan DJI OSMO Mobile 2 akan dijual di Malaysia pada harga RM588.

Manakala untuk pembeli dron DJI SPARK dengan FLY MORE COMBO berharga RM2,988, mereka akan menerima baucar RM200 khusus untuk membeli telefon pintar honor View 10.

Promosi beli-atas-beli ini akan tamat pada 31 Mac 2018. Baucar yang diterima juga akan tamat tempoh pada 31 Mac 2018, jadi ia perlu digunakan selewat-lewatnya pada 31 Mac 2018.

Untuk menikmati promosi ini, pembelian perlu dibuat dari kedai yang menyertai sahaja. Senarai penuh kedai menjual honor View 10, serta penjual DJI SPARK boleh dirujuk di laman promosi honor X DJI. Maklumat lanjut turut boleh didapati di sana.