Hanya Celcom ada semua model Galaxy S9

Setakat ni, syarikat telekomunikasi Maxis, Digi dan U Mobile telah membuka tempahan Galaxy S9 & S9+ bersama pelan mereka tersendiri. Tetapi ketiga-tiga telco ini hanya menyediakan model Galaxy S9 64GB dan Galaxy S9+ 128GB sahaja.

Jika anda mahu model yang lain, berkunjunglah ke laman tempahan Celcom kerana mereka menyediakan semua model yang diumumkan Samsung Malaysia. Speaker Bluetooth Harman Kardon Onyx Mini turut diberikan percuma bersama tempahan awal di Celcom.

Model yang boleh ditempah di Celcom adalah Galaxy S9 64GB, Galaxy S9+ 64GB, Galaxy S9+ 128GB dan Galaxy S9+ 256GB. Ketiga-tiga warna terdapat untuk semua model iaitu Lilac Purple, Coral Blue & Midnight Blue. Tetapi Galaxy S9+ 256GB hanya ada warna Midnight Black sahaja.

Berikut adalah harga peranti yang ditawarkan bersama pelan Celcom FIRST:

  • Galaxy S9 64GB (Black, Blue, Purple – RRP RM3,299)
    > FIRST Gold Plus (RM98 sebulan) – RM2,468
    > FIRST Gold Supreme (RM128 sebulan) – RM2,318
    > FIRST Platinum (RM148 sebulan) – RM2,168
    > FIRST Platinum Plus (RM188 sebulan) – RM1,788
  • Galaxy S9+ 64GB (Black, Blue, Purple – RRP RM3,799)
    > FIRST Gold Plus (RM98 sebulan) – RM2,888
    > FIRST Gold Supreme (RM128 sebulan) – RM2,738
    > FIRST Platinum (RM148 sebulan) – RM2,598
    > FIRST Platinum Plus (RM188 sebulan) – RM2,208
  • Galaxy S9+ 128GB (Black, Blue, Purple – RRP RM3,999)
    > FIRST Gold Plus (RM98 sebulan) – RM3,058
    > FIRST Gold Supreme (RM128 sebulan) – RM2,908
    > FIRST Platinum (RM148 sebulan) – RM2,768
    > FIRST Platinum Plus (RM188 sebulan) – RM2,378
  • Galaxy S9+ 256GB (Black – RRP RM4,399)
    > FIRST Gold Plus (RM98 sebulan) – RM3,398
    > FIRST Gold Supreme (RM128 sebulan) – RM3,238
    > FIRST Platinum (RM148 sebulan) – RM3,098
    > FIRST Platinum Plus (RM188 sebulan) – RM2,708
BACA  Internet Maxis hilang di tengah malam

Selain pelan kontrak biasa 24 bulan, Celcom turut menawarkan kesemua Galaxy S9 bersama pelan ansuran bulanan Easyphone mereka. Ia boleh didapati dari serendah RM95 sebulan, tidak termasuk bayaran pelan bulanan.

Semak info lanjut tentang Galaxy S9 bersama Celcom Easyphone di sini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman tempahan Galaxy S9 di Celcom.