• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy S9 termurah dijual bersama pelan pascabayar U Mobile

  • OLEH Najib
  • 5:11 pm
  • 02/03/2018
  • Komen
Galaxy S9 termurah dijual bersama pelan pascabayar U Mobile
Share on FacebookShare on Twitter

U Mobile turut menyertai tempahan awal Galaxy S9 dan S9+ di Malaysia dengan menawarkan harga terendah berbanding syarikat telekomunikasi yang lain. Persamaannya adalah hadiah percuma speaker Bluetooth Harman Kardon Onyx Mini bernilai RM699.

U Mobile hanya menyediakan pelan Ultimate Device (UD) bersama tempahan Galaxy S9. Telefon pintar terbaru Samsung ini boleh dibeli bermula dari RM1,819 sahaja.



Pelan termurah yang ditawarkan adalah UD60 (RM60 sebulan) yang datang dengan 5GB data, 60 minit panggilan dan serta Music-Onz dan App-Onz. Pelan kedua pula ialah UD90 (RM90 sebulan) yang disertakan 7GB data, panggilan tanpa had, 5GB Video-onz, Music-Onz dan App-Onz tanpa had serta 5GB data Roam-Onz.

Pelan ketiga dan termahal adalah UD130 (RM130 sebulan). Data internet yang diberi adalah 10GB, tetapi banyak perkara tanpa had lain seperti Call-Onz, Video-Onz, Music-Onz, App-Onz dan tambahan 8GB untuk Roam-Onz.



Hanya ada dua model telefon yang ditawarkan U Mobile iaitu Galaxy S9 64GB dan Galaxy S9+ 128GB. Warna juga hanya ada dua untuk kedua-dua model iaitu Midnight Black dan Coral Blue. Tiada Lilac Purple.

Harga bagi telefon pintar Galaxy S9 dan S9+ bersama kontrak pelan 24-bulan U Mobile adalah seperti berikut:

Galaxy S9 64GB
UD60 – RM2,419
UD90 – RM2,179
UD130 – RM1,819

Galaxy S9+ 128GB
UD60 – RM3,009
UD90 – RM2,769
UD130 – RM2,409

Semasa pendaftaran, pengguna perlu membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM360 (UD60), RM600 (UD90) atau RM960 (UD130). Ia akan direbatkan semula ke dalam bil pengguna secara samarata selama 24 bulan. Tetapi pengguna tidak perlu membuat bayaran pendahuluan jika mendaftar auto-debit menggunakan kad kredit.

Tempahan awal Galaxy S9 di U Mobile ini akan mula dihantar pada 9 Mac 2018. Untuk makluamt lanjut tentang tempahan ini, sila lawati laman tempahan Galaxy S9 U Mobile.

Tags: Galaxy S9Galaxy S9 PlussamsungSamsung Galaxy S9samsung malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

5 Ogos 2022
Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

9 Ogos 2022
China akan dilarang jual telefon murah di India

China akan dilarang jual telefon murah di India

9 Ogos 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
6 perkara yang anda patut tahu tentang siri Samsung Galaxy S22

Tidak mustahil lagi menangkap gambar malam di bandar dengan Samsung Galaxy S22 Nightography

29 Jun 2022
Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

5 Ogos 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER