• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bateri iPhone boleh siap diganti dalam masa 4 jam

  • OLEH Najib
  • 8:30 pm
  • 06/03/2018
  • Komen
Switch dan Machines sedia ganti bateri iPhone dengan harga diskaun
Share on FacebookShare on Twitter

Kita telah sedia maklum tentang langkah yang diambil Apple untuk memperlahankan prestasi iPhone kerana usia bateri yang telah lanjut. Malah, Apple kemudiannya menawarkan penggantian bateri iPhone dengan harga diskaun sepanjang tahun ini.

Jika anda salah seorang pemilik iPhone yang tiada lagi waranti, anda boleh menggantikan bateri iPhone anda dalam masa 4 jam sahaja. Perkara ini boleh dilakukan oleh Machines, salah satu pengedar rasmi Apple di Malaysia.



Menurut Machines, model iPhone yang boleh diganti bateri dalam masa 4 jam ialah iPhone 6, iPhone 6s, iPhone 7, iPhone 7 Plus dan iPhone SE. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, bayaran untuk mengganti bateri ini hanyalah RM129 sahaja, lengkap dengan caj buruh dan bateri.

Tetapi ia perlu dihantar ke pusat servis sebelum jam 3 petang. Dan hanya 4 pusat servis Machines yang boleh membuat penggantian bateri dalam masa 3 jam ini iaitu cawangan Machines di Suria KLCC, The Curve, Mutiara Damansara dan Northpoint Mid Valley sahaja.



Jika anda jenis yang sukar berenggang dengan iPhone, ini adalah cara paling pantas untuk memperoleh semula prestasi tertinggi iPhone anda tanpa disekat oleh Apple. Atau anda boleh bersabar sehingga kemaskini iOS 11.3 dilepaskan kelak.

[Sumber: Facebook Machines]

Tags: appleapple iphoneapple malaysiabateri iphoneiphonemachines
Najib

Najib

POPULAR

Switch dan Machines sedia ganti bateri iPhone dengan harga diskaun

Bateri iPhone boleh siap diganti dalam masa 4 jam

6 March 2018
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Poco X8s dilancar, telefon kompak 6.35″ dengan kamera telefoto 50MP dari RM1,399

Poco X8s dilancar, telefon kompak 6.35″ dengan kamera telefoto 50MP dari RM1,399

7 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN