• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TM Rungkai Misteri Promosi #KreditTakMati Dan #BayarBilaBila

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:03 pm
  • 09/03/2018
  • Komen
TM Rungkai Misteri Promosi #KreditTakMati Dan #BayarBilaBila
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam, kami ada melaporkan terdapat pengguna yang merungut tentang servis Unifi Mobile. Mereka terkejut menerima SMS yang menyuruh mereka membuat tambah nilai ataupun pembelian add-on untuk memastikan talian mereka tidak diluputkan.

Ia adalah sesuatu yang bercanggah dengan menifesto yang digembar gemburkan Unifi Mobile semasa melancarkan produk itu. Bersandarkan cogan #KreditTakMati dan #BayarBilaBila, sepatutnya Unifi berbangga kerana menjadi telco yang pertama tidak mengenakan sebarang tarikh luput kredit kepada penggunanya.



Yang ada hanyalah prosedur piawai daripada SKMM yang menyuruh sesuatu talian diluputkan sekiranya tiada sebarang aktiviti dilakukan oleh pemilik talian dalam tempoh 90 hari.

Kami menghubungi khidmat pelanggan TM berkaitan masalah ini tetapi setiap pegawai perkhidmatan memberikan jawapan yang berbeza. Anda boleh rujuk artikel ini membaca bagaimana kami menghubungi khidmat pelanggan TM.



Setelah gagal menemui penyelesaian, kami hubungi pula pegawai yang lebih tinggi untuk kenyataan rasmi. Ini adalah kenyataan rasmi daripada pihak TM:

Telekom Malaysia Berhad (TM) ingin memaklumkan pelanggan unifi Mobile bahawa terdapat satu SMS yang dijana secara automatik dihantar kepada pelanggan bagi menggalakkan mereka menambah nilai kredit akaun bagi memastikan talian kekal aktif.

Kami ingin memberi jaminan kepada anda yang akaun unifi Mobile mereka akan kekal aktif asalkan terdapat penggunaan seperti melayari Internet, menstrim video, menghantar SMS, membuat panggilan, tambah nilai ataupun pembelian apa-apa add-on dalam tempoh 90 hari dari tarikh akhir penggunaan dan (atau) pembelian.

Kami terus komited untuk memenuhi janji terhadap tiada tamat tempoh atau #KreditTakMati seperti yang dicanang semasa hari pelancaran produk pertama unifi Mobile yang memberi ke-“#BEBAS”-an

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari www.unifi.com.my/mobile ataupun halaman Facebook di www.facebook.com/unifiMobile.

Sejurus menerima kenyataan itu, lantas kami menghubungi semula khidmat pelanggan TM untuk memastikan tiada lagi pengguna akan terkeliru selepas ini dan hasilnya seperti di bawah.

Jadi, tiada apa-apa perubahan terhadap pemahaman anda ke atas produk unifi Mobile setakat ini. Ia kekal #KreditTakMati dan #BayarBilaBila.

Untuk memupuk pengguna membeli tambah nilai ataupun add-on, mereka boleh melakukannya secara tak langsung seperti melakukan tawaran saluran percuma di unifi TV supaya data mereka digunakan di saluran yang betul.

Hal ini lebih efisien kerana pengguna akan membeli apa yang mereka akan gunakan berbanding membeli semata-mata ingin meneruskan kelangsungan hidup talian.

Apa pendapat anda?

Tags: BayarBilaBilaKreditTakMatiTMtm unifiUnifi mobile
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
TM Rungkai Misteri Promosi #KreditTakMati Dan #BayarBilaBila

TM Rungkai Misteri Promosi #KreditTakMati Dan #BayarBilaBila

9 March 2018
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER