Donald Trump Rencat Hasrat Broadcom Rembat Qualcomm

Pada 14 Februari yang lalu, Broadcom telah menemui Qualcomm untuk menyatakat hasrat untuk mengambil alih gergasi pengeluar cip pemproses itu pada nilaian USD 117 billion. Sebulan selepasnya, pihak White House campur tangan dan menghalang urusan itu daripada berlaku dengan alasan untuk mempertahankan keselamatan Amerika Syarikat.

Broadcom dan Qualcomm masing-masing terlibat dalam industri semikonduktor. Mengikut data terkini, mereka memegang pasaran sebanyak 4.5% (Qualcomm) dan 3.9% (Broadcom). Pengambilalihan pastinya akan mewujudkan satu entiti baru yang memiliki pegangan pasaran semikondukter yang lebih besar seterusnya mewujudkan persaingan Big Three bersama Intel dan Samsung yang merupakan dua gergasi semikundukter setakat ini.

Hal ini mungkin disebabkan arus telekomunikasi 5G yang kian kencang melanda seluruh dunia dan masing-masing berusaha untuk menolak produk untuk menjadi piawaian serantau. Misalnya Qualcomm memiliki modem X50 5G yang digarap sebagai modem masa depan.

Sudah tentu Huawei yang juga pesaing dalam indsutri yang sama turut membangunkan produk untuk bersaing apatah lagi nama-nama seperti Ericsson dan Nokia.

Gambar muka: CEO Broadcom, Hock Tan, bersalaman dengan Donald Trump di White House

[Sumber: Axios]