Kamera Huawei P20 lebih cerah dan dekat dari kamera biasa

Kurang dari 2 minggu lagi telefon pintar flagship Huawei P20 akan dilancarkan. Maka iklan dan poster yang bercerita tentangnya sedikit demi sedikit mula kelihatan. Kisah ini bukan bercerita tentang info atau gambar terbocor, tetapi dari sumber rasmi mereka sendiri.

Huawei menerusi saluran YouTube mereka, telah memuat naik dua video pendek bertajuk Huawei P20: See Brighter dan Huawei P20: See Closer. Dalam Bahasa Melayu, ia mahu mengatakan Huawei P20 melihat lebih cerah dan lebih dekat.

Dalam video pertama di atas, Huawei seperti mahu membandingkan telefon pintar mereka dengan peralatan pencahayaan di dalam studio, lengkap dengan pelbagai lampu dan pemantul cahaya. Mungkin ingin memperkatakan tentang keupayaan apertur F1.6 boleh menangkap gambar yang cerah.

Video kedua pula membandingkan sebuah telefon pintar dengan lensa zum kamera SLR. Malah jurugambar tersebut terpaksa membawa pelbagai lensa. Adakah Huawei P20 dilengkapi fungsi zum yang sangat canggih? Huawei sebelum ini tidak pernah menggunakan lensa zum optikal pada telefon pintar flagship mereka, jadi P20 mungkin adalah yang pertama dengannya.

Ia kelihatan lucu, tetapi video Huawei ini nampak terlampau over kerana cuba membandingkan kamera telefon pintar dengan kamera SLR. Kenapa tidak menggunakan standard biasa, bandingkannya dengan iPhone sahaja?

Sementara menunggu tarikh pelancaran Huawei P20, apa kata fahami apa jenis kamera yang mungkin dimuatkan di dalam Huawei P20 kelak, menerusi penjelasan kami di aritkel: Walaupun Susunan Macam IPhone X, Kamera Huawei P20 Ada Lebih Dari tu

BACA  Ini rupa Huawei Mate 20 berkuasa Kirin 980 dengan tiga kamera belakang?