Selain Mi MIX 2S, Xiaomi Ada 3 Lagi Produk Yang Pasti Buatkan Anda Terliur

Xiaomi bukan saja melancarkan Mi MIX 2S pada satu majlis di Shanghai pada 27 Mac 2018, mereka turut mengambil kesempatan untuk melancarkan tiga lagi produk dalam usaha meluaskan lagi cakupan ekosistem Mi. Tiga produk yang turut muncul pada majlis itu ialah:

  1. Mi Gaming Laptop
  2. Mi AI Speaker
  3. Mi Charging Pad

Mi Gaming Laptop

Pengasas Xiaomi Lei Jun perasan yang laptop gaming selalunya memiliki rekaan garang dan menonjol. Ia tidak sesuai berada dalam persekitaran pejabat.

Bertitik-tolak daripada itu, Xiaomi hadir dengan Mi Gaming Laptop ynag menekankan rekaan minimalistik tapi dilengkapi kuasa pemerosesan yang mampu menampung games berat.

Antara ciri-ciri menarik Mi Gaming Laptop adalah

5 butang sebelah kiri boleh diprogramkan

  • 15.6″ skrin HD Penuh
  • Laptop dengan prestasi e-sukan
  • Lampu latar LED pada papan kekunci

Port I/O turut lengkap hadir pada sisi kiri, kanan, malah belakang laptop ini. Anda boleh menemui port seperti:

  • USB-A 3.0
  • USB-C
  • HDMI
  • RJ45
  • Audio

Anda boleh menjangkakan spesifikasi asas yang mantap pada laptop ini. Misalnya:

  • Intel Core i7-7700HQ atau Core i5
  • GPU Nvidia GeForce GTX 1060 6GB atau GeForce GTX 1050 Ti 4GB
  • Sekurang-kurangnya RAM 8GB / 16GB
  • 256GB SSD dan 1TB HDD

Mi Gaming Laptop akan dijual pada harga bermula  RMB5,999 (RM3,702).


Mi AI Speaker Mini

Seiring dengan pelancaran pembantu maya Xiao AI pada Mix 2S, sebuah speaker pintar turut mengiringinya. Ia adalah jawapan Xiaomi kepada Google Home Mini.

4 Speaker menyumbang pada kepekaan speaker ini untuk mengesan suara tuannya. Ia seberat 210g dan hadir dalam warna putih sahaja. Ia boleh digunakan untuk menetapkan alarm, peringatan, mencatatkan nota, membaca berita, dan menarik maklumat daripada internet untuk penggunannya.

Ia menyokong 27 platform penyedia audio dan kesemuanya adalah dari China dan tak pasti jika ia berguna untuk pengguna di luar China. Mi Ai Speaker mini dijual pada harga RMB 169 (RM104). Untuk perbandingan, Google Home Mini dijual pada harga USD49 (RM190).


Mi Charging Pad

Lei Jun agak pelik dengan teknologi pengecasan wayarles pada iPhone. Beliau menganggap ia adalah teknologi yang amat berguna tapi dia perasan yang ia tidak mendapat sambutan daripada pengguna Apple sendiri.

Sudahlah ia menyokong piawaian universal Qi dan kini menyokong pengecasan pantas. Agak sukar mencari alasan untuk tidak menggunakan pengecasan wayarles. Namun, akhirnya beliau temui jawapannya dan ia terletak pada harga.

Pad pengecas wayarles terlalu mahal. Untuk menyelesaikan masalah itu, Xiaomi menghasilkan sendiri pad pengecasan wayarles yang lebih berkuasa tapi lebih murah.

Untuk sebuah pengecas 7.5 watt, antara yang terpantas dalam pasaran buat masa ini, pengguna boleh membelinya pada harga RMB 99 (RM61).