• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Diskaun 20% tiket AirAsia untuk pengguna Maxis & Hotlink

  • OLEH Najib
  • 6:38 pm
  • 30/03/2018
  • Komen
Diskaun 20% tiket AirAsia untuk pengguna Maxis & Hotlink
Share on FacebookShare on Twitter

Nak beli tiket AirAsia yang sedia murah tu dengan tambahan diskaun 20%? Jika anda pengguna talian Maxis atau Hotlink, anda boleh mendapatkannya. Bagaimanapun, ada syarat dan termanya.

AirAsia kini bekerjasama dengan Maxis untuk memberikan pengguna Maxis dan Hotlink diskaun 20% untuk tiket penerbangannya. Bagaimanapun, tempahan hanya boleh dilakukan menerusi aplikasi mudah alih AirAsia sahaja (muat turun di Apple Appstore atau Google Playstore). Tempahan juga perlu dibuat dalam masa 3 hari, dari hari ini 30 Mac hingga 1 April 2018 sahaja. Manakala tarikh penerbangan terhad dari 1 Julai hingga 30 September 2018.



Jika anda sudah jelas dengan syarat di atas, kita pergi pula ke cara untuk mendapatkan kod promosi. Bagi pengguna Maxis, kod promosi boleh didapati menerusi aplikasi MyMaxis di ruangan Deals. Cari nama AirAsia, tekan padanya kemudian tekan Download Deal. Akhir sekali tekan Redeem Now untuk menerima kod promosi.

Bagi pengguna Hotlink pula lebih mudah, hanya pergi ke laman web promosi Hotlink AirAsia untuk mendapatkan kod promosi.



Selepas mendapat kod promosi, bukalah aplikasi AirAsia tadi untuk membuat tempahan. Jangan lupa masukkan kod promosi di ruangan Promo Code semasa membuat pencarian penerbangan. Jika anda memilih tarikh yang tepat, anda akan dapat melihat terus harga tiket yang siap dipotong dengan diskaun, seperti gambar di bawah.

Tunggu apa lagi, jika benar anda mahu terbang di antara 1 Julai hingga 30 September, bertindak sekarang untuk membeli tiket AirAsia bersama diskaun 20% ini. Jangan terlambat, buat tempahan selewatnya Ahad ini, 1 April 2018 tau.

Untuk maklumat lanjut, semak laman promosi AirAsia Maxis dan juga Hotlink AirAsia.

Tags: AirAsiahotlinkHotlink AirAsiamaxisMaxis AirAsia
Najib

Najib

POPULAR

Diskaun 20% tiket AirAsia untuk pengguna Maxis & Hotlink

Diskaun 20% tiket AirAsia untuk pengguna Maxis & Hotlink

30 March 2018
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN