• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei P20 Pro Dilancarkan Di Malaysia Dengan Tanda Harga Amat Menarik

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:35 pm
  • 03/04/2018
  • Komen
Huawei P20 Pro Dilancarkan Di Malaysia Dengan Tanda Harga Amat Menarik
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon trikamera Huawei P20 hari ini diumumkan untuk pasaran Malaysia. Dilancarkan di Paris pada minggu lalu, pengguna di Malaysia kini boleh merasai kehebatan kamera tercanggih pernah ada pada telefon seawal 6 April 2018.

Huawei P20 Pro

Huawei P20 (kiri) dan P20 Pro (kanan)



Huawei P20 Pro adalah kamera telefon yang tercanggih setakat ini dengan skor DxOMark menjangkau 109.

Pada panel belakang, anda akan dihidangkan dengan tiga modul kamera dengan spesifikasi tertentu. Mereka adalah



  • Kamera pertama ada sensor RGB 40MP F1.8
  • Kamera kedua ada sensor monokrom 20MP F1.6
  • Kamera ketiga ada sensor telefoto 8MP F2.4

Kamera-kamera pada Huawei P20 Pro

Kesemua kamera ini dengan bijak dikawal oleh sistem pengkomputeran canggih yang ada pada cip Kirin 970. Maka, hatta noob pun boleh mengambil gambar pro dengan bantuan kecerdasan buatan (AI).

Untuk swafoto, Huawei menyediakan kamera hadapan 24MP F2.0.

Tambah menarik, dengan kapasiti bateri 4,000mAh, telefon ini memiliki bateri dalam flagship terbesar untuk tahun 2018 setakat ini. Ia ditambah lagi dengan pengecasan pantas Huawei SuperCharge  4.5V/5A (22W).

Pada bahagian paparan, anda boleh menemui paparan OLED bertakuk di dahi sebesar 6.1″ dengan resolusi HD penuh bernisbah 18:9.

Huawei P20

Bahagian belakang Huawei P20 (kanan) dan P20 Pro (kiri)

Huawei P20 memiliki badan yang sedikit kecil berbanding P20 Pro. Pada bahagian muka, panel paparan LCD 5.8″ beresolusi HD Penuh digunakan.

Sungguhpun begitu, pada papan utama, ia masih dikuaskaan cip Kirin 970 tetapi dibekalkan RAM seluas 4GB dan storan 128GB.

Perbezaan paling ketara adalah ia tidak dilengkapi sistem trikamera Leica Huawei tapi masih mampu mengambil gambar yang menawan dengan bantuan AI.

Maka, anda menerima sebuah telefon yang dilengkapi kamera belakang RGB 12MP dan monokrom 20MP, manakala segala swafoto dilakukan menggunakan kamera 24MP.

Harga jualan siri P20 di Malaysia adalah seperti berikut:

  1. Huawei P20 – RM 2,599
  2. Huawei P20 Pro – RM 3,299

Untuk perbandingan, Samsung Galaxy S9 dan S9+ masing-masing dijual pada harga RM3,299 dan bermula RM3,799.

Manakala telefon keluaran Apple, iPhone X pula dijual pada harga bermula RM5,149.

Huawei P20 dan P20 Pro akan mula dijual di Malaysia pada 6 April 2018 dan ia juga boleh didapati menerusi Celcom, Digi dan Maxis. Lebih menarik, pembeli mana-mana Huawei P20 akan menerima hadiah bernilai RM999 jika membelinya di jerayawara Huawei yang akan diadakan di Pulai Pinang dan Kuala Lumpur pada 6-8 April ini..

Tags: harga huawei p20 proharga malaysia huawei p20 proHuaweiHuawei MalaysiaHuawei P20 ProHuawei P20 Pro Malaysiahuawei p20 pro murahhuawei p20 pro promosihuawei p20 pro specsreview huawei p20 pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Huawei P20 Pro Dilancarkan Di Malaysia Dengan Tanda Harga Amat Menarik

Huawei P20 Pro Dilancarkan Di Malaysia Dengan Tanda Harga Amat Menarik

3 April 2018
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER