• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

LG mahu telefon pintar barunya boleh berfikir sendiri

  • OLEH Najib
  • 8:22 pm
  • 10/04/2018
  • Komen
LG mahu telefon pintar barunya boleh berfikir sendiri
Share on FacebookShare on Twitter

LG agak berdiam diri di kala kebanyakan jenama lain tampil dengan telefon pintar baru mereka di suku pertama tahun ini. Hari ini barulah mereka memecahkan kepompong kesunyian tersebut, dengan LG G7 ThinQ. Macam pernah dengar?

Ya, di pameran MWC 2018 pada Februari lepas, LG tampil dengan versi facelift telefon pintar tahun lepas mereka, iaitu LG V30s ThinQ. ThinQ adalah fungsi AI yang ditambah masuk ke dalam telefon pintar tersebut.



LG G7 ThinQ akan dilancarkan di dua lokasi. Satu majlis di New York akan diadakan pada 2 Mei 2018. Manakala di halaman rumah LG pula iaitu di Seoul, Korea Selatan akan diadakan pada 3 Mei 2018.

Tiada maklumat teknikal dapat disahkan lagi tetapi terdapat gambar yang tersebar di alam maya memberi panduan tentang rupa bentuk LG G7 ThinQ. Ia memiliki takuk di dahi skrin.



Seperti skrin iPhone X, LG G7 ThinQ akan memiliki skrin nirbingkai bertakuk di dahi. Pengimbas capjari masih terdapat di belakang badannya. Ia juga memiliki dwi-kamera belakang, tetapi ia terletak di tengah bukan di sisi seperti iPhone X. Nasib baik.

Jika mahu dikatakan perubahan besar, ia adalah butang kuasa dan bunyi yang diletakkan di tepi berbanding terletak di belakang badan dalam model sebelumnya. Malah terdapat butang keempat, yang mungkin menjadi butang khas AI ThinQ seperti Bixby di Samsung.

Lain-lain perkara yang masih khabar angin adalah seperti penggunaan pemproses Snapdragon 845, 6GB RAM, 64GB storan dalaman serta kamera utama dengan apertur F1.5.

Cuma satu je harapan kami di Malaysia ini. Selepas ia dilancarkan, jangan tunggu sampai 7 bulan untuk sampai Malaysia macam apa yang terjadi pada LG V30+.

[Sumber: Engadget, LG Korea]

Tags: lgLG G7 ThinQ
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
LG mahu telefon pintar barunya boleh berfikir sendiri

LG mahu telefon pintar barunya boleh berfikir sendiri

10 April 2018
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN