• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nokia 1 langkah sulung Android Go di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 11:41 am
  • 10/04/2018
  • Komen
Nokia 1 langkah sulung Android Go di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Tahu tak apa itu Android Go? Ia adalah sistem operasi (OS) di peranti mudah alih yang boleh berjalan dengan lancar walaupun memiliki spesifikasi serendah 1GB RAM.

Ia juga menjalankan aplikasi lebih ringan seperti Google Go, Maps Go, YouTube Go dan Assistant Go. Bermakna, lebih ruang storan dan kurang lengah semasa beroperasi.



Hari ini, Nokia membawakan peranti yang dikuasakan Android Go pertama di Malaysia. Ia adalah Nokia 1.

Nokia 1 adalah telefon pintar yang mampu milik, tetapi boleh digunakan dengan lancar kerana menjalankan OS Android 8.1 Oreo Go Edition.



Kuasanya dijalankan oleh cip pemproses Mediatek MT6737M, bersama 1GB RAM dan 8GB storan sahaja. Storan ini boleh ditambah melalui kad mikroSD.

Nokia 1 menyokong dua kad sim 4G. Baterinya pula sebesar 2,150mAh dan boleh ditukar ganti.

Bateri ini kelihatan kecil kerana badan Nokia 1 yang kecil. Seperti skrinnya hanya seluas 4.5-inci dengan resolusi 854×480 sahaja.

Untuk kamera, ia dilengkapi sensor 5MP di belakang dan 2MP di hadapan.

Dengan spesifikasi serendah ini tetapi OS terkini, Nokia 1 dijual di Malaysia bermula 13 April ini berharga RM339 sahaja. Ia hadir dalam warna merah dan biru.

Sebagai promosi pengenalan, setiap pembelian disertakan cover Xpress-on. Jika mahu lebih, boleh membelinya pada harga RM39.90 untuk 2 set Xpress-on dengan pilihan warna biru, kuning, kelabu dan merah jambu.

Telefon pintar ini memang sangat sesuai untuk pengguna ‘featured’ telefon yang mahu mencuba telefon pintar buat pertama kali. Untuk mengenali telefon pintar Android Go pertama di Malaysia ini dengan lebih mendalam, layari laman web www.nokia.com/nokia1

Tags: Android GoNokianokia 1Nokia 1 MalaysiaNokia Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Nokia 1 langkah sulung Android Go di Malaysia

Nokia 1 langkah sulung Android Go di Malaysia

10 April 2018
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

21 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN