Nokia 7 Plus jelmaan semula lagenda kamera Lumia

Untuk peminat Nokia yang mahu peranti lebih bertenaga, cuba usha Nokia 7 Plus yang datang bersama Nokia 1 hari ini. Ia adalah telefon pintar premium dalam kelas pertengahan. Bermakna, harganya tidak terlalu mahal.

Dari segi tenaga, ia memiliki pemproses Snapdragon 660, RAM sebanyak 4GB dan storan dalaman sebesar 64GB. Kapasiti bateri pula 3,800mAh dengan pengecasan pantas melalui port USB-C.

Ada dua perkara yang ingin ditekankan oleh Nokia tentang kelebihan Nokia 7 Plus. Pertama adalah sistem operasi (OS) yang digunakannya, iaitu Android One.

Menggunakan OS Android One yang tulen, dapat mempercepatkan sebarang kemaskini terutama sekali berkaitan keselamatan. Nokia berbangga kerana menjadi jenama yang dapat memberikan kemaskini keselamatan OS terpantas kepada semua perantinya.

Begitu juga dengan Nokia 7 Plus yang datang siap dengan Android One berasaskan versi 8.0 Oreo. Ia juga tidak memiliki bloatware, jadi pengalaman penggunaan yang lancar boleh dijangkakan.

Kelebihan kedua, sudah pasti tentang kameranya. Nokia mendapatkan kerjasama ZEISS untuk menggunakan kaca optiknya. Optik ZEISS digunakan di kedua-dua lensa kamera belakang Nokia 7 Plus, 12MP F1.75 + 13MP F2.6 telefoto. Kamera hadapan pula 16MP.

Tetapi kelebihan kameranya bukan sahaja pada kehebatan lensa, tetapi juga pada perisiannya. Aplikasi kamera di Nokia 7 Plus mengguna pakai semula rekabentuk aplikasi kamera di Lumia. Penggunaan cincin untuk tetapan manual di mod PRO menjadikannya sangat mudah digunakan.

Nama Plus padanya adalah kerana skrin yang amat besar, seluas 6.0-inci dengan lebar 18:9. Resolusinya FHD+ 2160×1080. Badannya dibentuk dari sebongkah aluminium siri 6000 dengan dua tona warna untuk memberikan rupa premium padanya.

Dengan semua fungsi dan perkakas yang disenarai di atas, Nokia 7 Plus boleh dimiliki di Malaysia seawal 20 April 2018, dengan harga jualannya RM1,699. Dua warna pilihan disediakan iaitu hitam/kuprum dan putih/kuprum.

BACA  Gambaran penuh Huawei nova 4 terdedah dengan kamera 48MP

Khas untuk pembeli terawal, Nokia 7 Plus didatangkan bersama sekotak hadiah percuma bernilai RM300 yang di dalamnya berisi tripod bluetooth, lensa ‘fish eye’, lensa lebar dan lensa makro. Tetapi selagi stok masih ada.

Mahu kenali dengan lebih lanjut? Layari laman web www.nokia.com/nokia7plus