honor 10 serba serbi lebih baik dari Huawei P20

honor di China baru-baru ini melancarkan model terbaru telefon pintar flagship mereka, honor 10. Seperti biasa, ia adalah jelmaan dari telefon pintar Huawei, kali ini memiliki DNA Huawei P20.

Tetapi perkara paling menarik berkaitan honor, adalah harganya yang pasti lebih rendah dari Huawei.

Kuasa penggerak honor 10 diuruskan oleh cip terbaik keluaran Huawei, Kirin 970 dengan kuasa AI (NPU). RAM pula ditetapkan pada 6GB, dengan pilihan storan antara 64GB dan 128GB. Lebih baik ambil storan yang besar kerana tiada slot mikroSD pada honor 10.

Skrin honor 10 berukuran 5.84-inci dengan aspek 19:9 dan resolusi FHD+. Seperti Huawei P20, honor 10 memiliki takuk di dahi yang memuatkan speaker panggilan, kamera hadapan dan beberapa sensor. Pengimbas capjari masih terletak di hadapan, dimuatkan di bawah skrin menjadikan bingkai dagu agak tebal.

Untuk kamera, ia mengguna pakai dwi-sensor di belakang, gabungan sensor 24MP F1.8 dan 16MP F1.8. Sudah pasti ia dilengkapi dengan pelbagai kuasa AI untuk menangkap gambar. Kamera hadapan pula menggunakan sensor 24MP, juga dengan AI untuk menjadikan kualiti tangkapan swafoto yang lebih baik.

Tenaga honor 10 dihasilkan dari bateri sebesar 3,400mAh, sama besar seperti Huawei P20. ia menyokong pengecasan pantas Huawei SuperCharge, yang boleh mengisi 50% tenaga dalam masa 25 minit. honor turut mengekalkan port audio 3.5mm pada honor 10, satu lagi kelebihan berbanding Huawei P20.

Jika Huawei P20 popular dengan warna Twilight, honor menghasilkan dua warna yang diispirasikan dari warna Twilight, iaitu Mirage Purple dan Mirage Blue, di samping warna Hitam dan Perak. Bermakna, ada empat warna boleh dipilih untuk honor 10.

BACA  Cara Timbangan Gula Anda Mungkin Berubah Tak Lama Lagi

honor 10 yang baru ini akan dijual di China pada harga RMB2,599 (~RM1,610) untuk storan 64GB dan RMB2,999 (~RM1,860) bagi storan 128GB. Kalau harganya di Malaysia ditambah RM100 atau RM200 pun, ia masih jauh lebih murah dari Huawei P20 yang berharga RM2,599 di Malaysia.

dav

Persoalannya, bilakah ia akan tiba di Malaysia? Kami jangka honor 10 akan dijual di Malaysia dalam tempoh kurang dari sebulan kerana honor Malaysia sendiri telah memberi petunjuk ketibaannya tidak lama lagi, dengan tanda pagar #NEWHONOR.

Adakah anda rasakan honor 10 lebih baik dari Huawei P20 walaupun kameranya tidak memiliki cap Leica? Atau anda tidak sanggup menunggu dan terus membeli Huwaei P20?

[Sumber: Gizchina]