Pencabar Xiaomi Mi A2 Daripada Asus Dilancar Di India dan Indonesia

Xioami Mi 6X ataupun ramai yang menggelarknya Mi A2 dijadualkan dilancarkan pada 24 April 2018. Tapi, sebelum hari pelancarannya, Asus terlebih dahulu mencuri tumpuan dunia dengan ASUS ZenFone Max Pro M1 apabila mengumumkannya serentak di India dan Indonesia. Melihat pada spesifikasi, ia mudahnya mampu mencabar kedudukan raja mid-range jika kena dengan harga jualannya.

Sejurus memegang telefon ini, anda akan disapa oleh paparan 5.99″ dalam badan telefon 5.5″. Ia dicapai dengan penggunaan paparan memanjang 18:9 untuk memaksimumkan nisbah badan dengan paparan padanya.  Panel paparan yang digunakan memiliki resolusi HD Penuh (1080 × 2160).

Menariknya telefon dalam siri Max adalah ia sentiasa memiliki kapasiti bateri yang besar. Dalam edisi kali ini, anda akan menerima sebuah telefon dengan bateri berkapasiti 5,000mAh, tapi ia masih antara yang ternipis dalam kelasnya.

Pada papan utama, telefon ini dikuasakan CPU Snapdragon 636 yang bergandingan bersama RAM sehingga 6GB besarnya. Untuk tujuan storan, ia diberikan sekurang-kurangnya 32GB storan dalaman dan ada juga varian yang memiliki 128GB storan.

Di bahagian pengimejan, ia menggunakan konfigurasi dwikamera belakang dan ekakamera depan. Untuk kamera belakang, ia dikuasakan gabungan kamera belakang 16MP+5MP untuk varian paling atas manakala dua lagi varian dikuakan kamera 13MP+5MP. Begitu juga dengan kamera swafoto, varian paling atas menerima kamera depan 16MP manakala yang lain diberikan kamera 8MP.

ASUS juga dengan beraninya berkongsikan sampel imej daripada kamera telefon ini untuk dinilai pengguna. Jika anda mengikuti pautan ini, anda boleh melihat sendiri hasil gambar kamera ZenFone Max Pro M1 tanpa sebarang suntingan.

Menurut ASUS, ia dikuasakan Android tulen tapi tidak pula dinyatakan sama ada ia termasuk dalam program AndroidOne atau tak.

Di Indonesia, kedua-dua varian ASUS ZenFone Max Pro akan mula dijual pada 25 April 2018 pada harga seperti berikut:

  • ZenFone Max Pro (RAM 3GB + Storan 32GB) – INR 2.299M (RM 643)
  • ZenFone Max Pro (RAM 4GB + Storan 64GB) – INR 2.799M (RM 783)
  • ZenFone Max Pro (RAM 6GB + Storan 128GB) – INR 3.299M (RM 920)

[Sumber: ASUS]

Spesifikasi Asas ASUS ZenFone Max Pro M1

Paparan5.99"
FHD+ (1080 × 2160)
Sistem OperasiAndroid 8.0 Android
PemprosesSnapdragon 636
RAM3GB/4GB/6GB
Storan32GB/64GB/128GB
Kamera belakang13MP+5MP
16MP+5MP (varian 6GB)
Kamera depan8MP
16MP (varian 6GB)
Bateri5,000mAh