Mei 2018: 12 Telefon Bawah RM899 Ini Pasti Menarik Minat Anda

Pendahuluan

Kelas pertengahan dan permulaan memang dibanjiri bermacam-macam model telefon. Keadaan ini pastinya memeningkat kepala pengguna termasuklah kami jika ingin membeli mahupun menyarankan sebuah telefon daripada kelas ini kepada orang lain. Oleh sebab itu, kami hadir dengan artikel ini yang bertujuan untuk memandu dan memudahkan pertimbangan anda agar keputusan yang diambil adalah yang bermaklumat.

Dalam artikel ini, kami menyenaraikan 12 buah telefon yang kami rasakan berbaloi untuk ditimbang-tara sekiranya anda berkira-kira untuk membeli sebuah telefon bajet. Di akhir artikel ini, kami melakukan sedikit perbincangan sebelum menyarankan telefon mana yang sesuai buat anda.

Ahli-ahli dalam senarai ini

1. Meizu M6S

Telefon ini baru saja memasuki Malaysia pada 12 April 2018. Uniknya telefon ini adalah ia memiliki pengimbas cap jari yang terletak pada bahagian sisi yang turut menjadi butang kuasa padanya. Keunikan telefon daripada Meizu adalah ada dalam kalangannya yang menggunakan cip Exynos, sesuatu yang amat jarang berlaku dalam telfeon selain Samsung.

2. HTC Desire 12

Jarang-jarang HTC ada telefon bawah RM1,000. Tapi kali ini mereka menghantar HTC 12 dan 12+ untuk menjadi wakil mereka dalam segmen bajet. Tapi, binaannya tetap premium berbanding yang lain dengan penggunaan kaca sebagai bahan binaan. Varian Desire 12+ pula memiliki kamera berkembar dan turut ada dalam senarai ini.

3. Honor 9 Lite

honor memang terkenal dengan keupayaan menghasilkan telefon yang bermutu tinggi daripada segi binaan. Ia sering menggunakan materi kaca sebagai badan bagi memberikan kesan pantulan unik apabila disinari cahaya.

4. Redmi 5 Plus

Redmi 5 adalah telefon pertama Xiaomi yang menggunakan paparan memanjang jika tidak mengira telefon konsep Mi MIX. Ia dilihat sebagai pesaing kepada siri Redmi Note kerana skrin dan baterinya kini agak besar, hampir menyamai yang ada pada siri Redmi Note.

5. ASUS ZenFone Max Plus (M1)

ZenFone Max adalah siri telefon yang memiliki bateri berkapasiti besar untuk memaksimumkan waktu penggunaan. Seperti Redmi 5, ZenFone Max Plus (M1) adalah yang pertama daripada Asus yang ada skring memanjang. Kelebihan telefon ini selain baterinya yang besar adalah ia ada slod SD khas disamping 2 slot kad SIM. Kekurangannya pula adalah ia menggunakan CPU MediaTek.

6. Huawei Nova 2 Lite

Ini adalah versi Lite kepada Selfie Superstar mereka. Nova 2 Lite masih mengekalkan dwikamera belakang seperti sebuah Nova 2i tetapi kamera swafotonya ada cuma sebuah. Ia dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 23 Mac 2018.