• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

unifi lanjutkan tempoh promosi kad sim percuma

  • OLEH Najib
  • 6:30 pm
  • 07/05/2018
  • Komen
unifi lanjutkan tempoh promosi kad sim percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda masih belum mendapatkan kad sim unifi mobile secara percuma, anda masih berpeluang memilikinya. Ini kerana TM telah memanjangkan lagi tempoh promosi ini, sehingga 30 Jun 2018.

Apa yang menariknya, kad sim unifi mobile ini datang bersama 10GB data LTE percuma serta tidak memiliki tempoh tamat, selagi mana anda aktif menggunakannya. Selain 10GB data LTE, TM turut memberikan 50MB data 3G/LTE, 10 minit panggilan dan 10 SMS percuma. Setiap orang boleh mendapatkan sehingga 3 kad sim unifi mobile percuma.



TM juga sebelum ini telah mengesahkan pengguna tidak perlu membuat sebarang tambah nilai untuk kekal aktif, hanya perlu menggunakan data, membuat panggilan atau menghantar SMS dalam masa 90 hari.

TM turut menawarkan pelan data LTE tanpa had dalam bentuk jam, harian atau mingguan untuk pengguna yang mahukan data tanpa had. Ia boleh dilanggan dari RM3/jam, RM5/hari, atau RM20/minggu.



Tetapi kuota data LTE hanya boleh digunakan jika bersambung ke rangkaian LTE unifi mobile sahaja. Jika tiada liputan LTE, maka internet tidak dapat digunakan kalau kuota 3G sudah kehabisan.

Kad sim unifi mobile dengan 10GB data LTE percuma ini boleh didapati dengan mendaftar melalui aplikasi unifi mobile yang terdapat di Apple Appstore dan Google Playstore. Selepas mendafat, pengguna boleh mendapatkan kad sim ini di TMpoint berhampiran atau dipos ke rumah dengan sedikit bayaran.

[Sumber: Lowyat]

Tags: sim percumaTelekom MalaysiaTMUnifiUnifi mobile
Najib

Najib

POPULAR

unifi lanjutkan tempoh promosi kad sim percuma

unifi lanjutkan tempoh promosi kad sim percuma

7 May 2018
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

28 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN