30 unit ASUS Zenfone Max Pro M1 boleh dimenangi percuma

Walaupun ramai yang memperkatakan Redmi Note 5 adalah telefon terbaik dalam kelasnya, tetapi ada satu pesaing rapat yang bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi. ASUS ZenFone Max Pro M1 telah pun dilancarkan di India dan Indonesia, dan ia dijangka sampai di Malaysia pada hujung bulan ini.

Untuk menarik minat lebih ramai rakyat Malaysia, ASUS kini mengadakan pertandingan yang menawarkan 30 unit ZenFone Max Pro M1 untuk dimenangi.

Jika anda belum kenal, ZenFone Max Pro M1 adalah telefon pintar kelas pertengahan yang dikuasakan Android tulen bersama bateri yang sangat besar. Ia menggunakan cip Snapdragon 636, bersama RAM sehingga 6GB dan storan dalaman sehingga 128GB.

Skrinnya lebar 18:9 berukuran 6.0-inci dengan resolusi FHD+ (2160×1080). Baterinya sebesar 5,000mAh dan dijangka boleh bertahan sehingga 2 hari. Untuk kamera, ia memiliki dwi-lensa di belakang, gabungan 16MP+5MP. Kamera hadapannya pula 16MP.

Spesifikasi di atas dilihat hampir sama dengan Redmi Note 5, tetapi kelebihan utama ZenFone Max Pro M1 adalah penggunaan Android tulen berasaskan Android 8.0 Oreo.

Berminat untuk memilikinya? Anda boleh mendapatkannya secara percuma melalui pertandingan yang diadakan ASUS Malaysia sekarang. Pertandingan ini bermula dari 14 Mei sehingga 21 Mei 2018. Pengumuman nama pemenang akan dibuat di Facebook ASUS Malaysia pada 22 Mei 2018.

[CONTEST] ZenFone Max Pro (M1) is coming! Grab your chance to win this awesome ZenFone in just a few simple steps.

How…

Posted by ASUS on Monday, 14 May 2018

Peserta boleh menghantar penyertaan melalui Facebook atau Instagram. Jangan lupa tetapkan profail anda kepada Public. Ikuti langkah di bawah ini untuk menyertainya:

Untuk Facebook Stories:

  1. Like Facebook ASUS Malaysia.
  2. Post Facebook Story dan nyatakan mengapa Zenfone Max Pro adalah telefon idaman anda yang ingin ditukar.
  3. Letakkan tandapagar #SwapMyPhone #GameKawKaw
  4. Simpan dan muat naik Story tadi ke post pertandingan di sini.

Untuk Instagram Stories:

  1. Follow Instagram ASUS Mobile Malaysia.
  2. Post Instagram Story dan nyatakan mengapa Zenfone Max Pro adalah telefon idaman anda yang ingin ditukar.
  3. Tag ASUS Mobile Malaysia pada Story tersebut bersama tanda pagar #SwapMyPhone #GameKawKaw
  4. Tinggalkan komen anda di post IG pertandingan di sini.

Bagaimana, senang kan. Tunggu apa lagi, pergilah sertai sekarang. Mana tau boleh dapat telefon baru untuk hari raya nanti.

Untuk maklumat lanjut tentang pertandingan ini, semak syarat dan terma di sini.