Nova 3e Sedia Diskaun Menarik Sejurus Dijual Di Malaysia

Jika di Eropah ada Huawei P20 Lite sebagai model mampu milik kepada siri P20 yang baru, di Malaysia ia dipakejkan sebagai Huawei nova 3e dan ia mungkin menjadi telefon berstoran 128GB termurah dalam pasaran apabila dilancarkan minggu depan.

Huawei nova 3e memiliki rupa paras mirip Huawei P20. Ia memiliki paparan 5.8″ beresolusi HD+ Penuh. Pada bahagian dahi, anda akan menemui notch seperti iPhone X tetapi jauh lebih kecil.
bahagian depan dan belakang telefon ini dilitupi kaca Corning Gorilla untuk memberikan keteguhan pada struktur telefon serta kemasan yang nampak premium.

Beralih pada spesifikasi dalaman, telefon ini memiliki komponen yang hampir serupa dengan sebuah Huawei nova 2i. Ia dikuasakan cip Kirin 659 yang ditemani RAM seluas 4GB. Storan dalaman yang disediakan adalah 128GB. Tak banyak telefon kejar pertengahan yang menyediakan storan seluas ini.

Tapi jika ia tidak mencukupi, anda boleh memperluaskannya melalui slot SD hibrid yang boleh menampung sehingga 2TB storan tambahan.

Pada kamera, konfigurasi dwikamera belakang digunakan padanya. Sepasang kamera, 16MP dan 2MP, menggalas tugas mengambil gambar sambil ditemani kamera swafoto 16MP.

Anda boleh mendapatkan telefon ini bermula 25 Mei 2018 pada harga RM 1,399. Tapi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan rebat sekiranya anda membelinya antara 25 Mei hingga 31 Mei 2018, anda hanya perlu membayar RM1,320 iaitu potongan sebanyak RM79.

Bukan itu sahaja, anda turut akan menerima hadiah berupa HUAWEI selfie stick yang bernilai RM68.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Sistem OperasiAndroid 8.0 Oreo
EMUI 8.0
Paparan5.8"
HD+ Penuh
2280 x 1080
PemprosesKirin 659
Storan64GB
128GB
RAM4GB
Kamera belakang16MP F2.2
2MP
Kemera depan16MP F2.0
Bateri3,000mAh
HargaRM1,399